I Am Sensitive

I Am Sensitive

Wednesday, January 15, 2014

Hidup dan Mati Akan Pasti

Hello Diary,

Sudah hampir dua minggu kita hidup di dalam tahun baru 2014. Seperti biasa aku tidak mempunyai azam tahun baru. Mungkin ada tetapi aku yang tidak pernah anggap ianya azam tahun baru 2014 kerana pada aku, itu adalah azam setiap hari, bulan dan tahun.. Ia bukan setakat azam tahun baru. Azam aku itu ialah untuk mengumpul duit untuk aku berhijrah ke Kuala Lumpur. Aku ingin hidup yang aku senangi. Tidak perlu memakan gaji. Cukup lah sekadar mempunyai perniagaan untuk menyara hidup aku dan ibu bapaku. Cukup untuk mempunyai kereta membawa kami ke sana sini, rumah untuk berteduh dan cukuplah untuk membawa kami melancong ke luar negara dan cukuplah untuk bersedekah setakat mampu sebagai saham untuk ke syurga. In shaa Allah….
 


Makin hari makin aku terkenangkan nasib diri. Entah bagaimana akhirnya nanti aku sendiri pun tidak tahu. Yang aku tahu, aku akan mati. Bagaimana aku mati, aku tidak tahu. Kadang- kala aku berasa takut kerana aku pasti saham aku untuk akhirat belum cukup lagi. Aku sendiri pun tidak tahu di mana tempat aku bila di akhirat nanti. Pakaianku masih belum menutup aurat, sembahyangku masih belum sempurna dan amalanku masih jauh daripada mencukupi. Aku mengaku, aku takut bila memikirkan pasal mati. Dan hairannya aku selalu sahaja memikirkan pasal mati sejak kebelakangan ini. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin itu satu peringatan daripada Allah untuk menyedarkan diri ini bahawa sudah tiba masanya aku memikirkan soal mati kerana mati itu pasti. Tiada lagi di dalam dunia ini yang pasti melainkan mati.

 

Teringat aku pada wanita wanita yang aku sayangi. Sayang sekali dengan mereka. Rindu di hati belum tentu dapat diubati dan aku sudah berfikir pasal mati. Nafsu di dalam diri untuk bersama wanita itu semua belum lagi ada kesugahannya. Aku masih sayang dan rindu dengan mereka. Aku lemah dengan mereka dan mereka amat melemahkan aku. Aku suka disayangi oleh wanita, debelai dan dimanjakan. Aku tidak kuat untuk melawan nafsu aku yang satu itu. Aku terima semuanya dan mungkin juga aku lah yang terpilih olehnya kerana aku adalah aku. Suka aku kepada wanita amat teguh.

 

Sekarang ini, diri aku masih belum berpunya.  Aku sudah tidak bersama Hello Kitty lagi. Dia pun sudah ‘unfriend’ aku di facebook. Mungkin sudah menjadi adat di dalam perhubungan bahawa jikalau ‘break up’ nya itu sedikit ‘bitter’, maka tidak ada lagi hubungan persahabatan di antara kita. Kalau sudah break up, bermakna putuslah segala hubungan walaupun hubungan itu hanya bersifat persahabatan.  Aku belum pernah ‘unfriend’ sesiapa di dalam facebook aku. Mungkin di dalam realiti, ramai juga yang sudah aku ‘unfriend’ tetapi itu di reality. Tiada ungkapan atau ‘action’ yang diperlukan untuk melakukan itu. Bezanya di facebook ialah, perbuatan kita untuk ‘unfriend’ akan dilihat dan diketahui jadi agak sedikit terkilan kepada yang empunya diri jikalau mendapat tahu. 



Ya, aku agak terkilan. Tindakannya itu hanya membuatkan aku berfikir bahawa dia ialah seorang yang ‘sore’. Mungkin juga dia tidak boleh menerima aku langsung dalam hidupnya walaupun hanya sebagai kawan. Aku tidak berdaya untuk menggubah pemikirannya dan juga prinsipnya. Aku hormati keputusannya. Cuma, aku tahu yang aku akan kehilangan seorang manusia yang pernah membuat aku gembira. Ya, sudah tiada lagi kasih sayang untuk dia, tetapi aku berharap bahawa satu hari nanti akan terjalin lagi hubungan persahabatan kita.

 

Sekarang ini berani aku katakan bahawa sekeras keras hati aku, aku masih boleh juga menerima Infinity di dalam facebook aku walaupun tidak di dalam realiti hidupku. Apa bezanya ya Diary? Tidak mengapalah Diary. Apa apa sahaja yang membuat Hello Kitty gembira dalam hidupnya. Aku Cuma berdoa yang terbaik untuknya kerana sememangnya dia seorang yang baik dan boleh diharapakan.