The Other Side of Me
Sunday, December 9, 2012
Saturday, December 8, 2012
Cinta Tidak Pernah Disedari Sehingga Saat Perpisahan
Assalamualaikum Diary,
Hari ini aku penat berkerja.
Penat sekali sehingga terasa kaki sakit menampung beratnya tanggungjawab
berkerja demi untuk mencapai cita-cita. Harap harap kau sihat walafiat Diary.
Rindu untuk menulis kepada kau selalu aku rasa tetapi sayangnya masa bukan lagi
senang untuk aku miliki. Aku penat bila pulang dari kerja dan minda aku pun
tidak boleh berfungsi dengan baik bila penat. Banyak sekali cerita hendak
dikongsi sama kau, tapi sungguh kepenatan yang melanda badan dan otak aku
mengawal keadaan diri aku sekarang ini. Macam macam yang aku sedang fikirkan
untuk kedai yang bakal dibuka. Semuanya di minda sahaja, tidak sempat mencatat
di dalam business plan aku.
Hari ini juga aku mendapat email
di facebook dari kekasih lama, Infinity. Bukan pertama kali, pernah dia
menghantar email kepadaku beberapa kali cuma aku sahaja yang tidak membalas.
Bukan sombong tetapi aku cuma mungkin 'malas' untuk membalas. Ya, memang sudah
tidak ada rasa kasih sayang kepadanya tetapi itu bukanlah satu alasan untuk aku
mendiamkan diri. Entah, mungkin aku masih menyimpan perasaan benci terhadapnya.
Ya mungkin itulah yang apa aku rasa sebab tiap kali disebut namanya, aku seolah
olah dibawa ke waktu silam yang mengingatkan aku pada waktu dia melayan aku
begitu endah tak endah. Yelah, masa itu kan dia sudah ada teman baru, jadi
teman lama begitu mudah dia abaikan ataupun lupakan. Things are hot when they
are new.
Zalim dan tidak berperasaan. Itu
sahajalah yang boleh aku gambarkan bagaimana dia melayan aku sewaktu the last
weeks of our relationship. Aku terkontang kanting bagaikan anak anjing
kehilangan ibunya. Ya, kisah silam tetapi dia muncul kembali menyatakan dalam
emailnya yang dia sebenarnya telah dipergunakan oleh seseorang itu untuk
kepentingan si simpulan itu. Kononnya, dia seperti tidak sedarkan diri atau pun
di sihir dan mengikut sahaja kehendak si simpulan itu dan secara langsung
melupakan dan mengabaikan aku. Aku membalas emailnya setelah 7 jam kemudian.
Aku tidak memberi comment apa apa tentang pendirian dia, tetapi aku cuma
mengatakan bahawa aku sudah memaafkan dia pada saat aku tinggalkan rumah yang
kita kongsi. Sudah 4 tahun berlalu, mana mungkin aku masih ada perasaan sayang
atau kasih padanya.
Dia ingin menceritakan sesuatu
kepadaku. Seolah olah mahu aku percaya bahawa tindakan dia terhadap aku masa
itu bukan kehendak dirinya tetapi atas ilmu hitam yang kononnya digunakan ke
atasnya. Dia berkali kali berkata yang semua itu diluar kawalannya. Dirinya
telah dipergunakan. Bukan aku tidak boleh percaya dan bukan aku tidak mahu
memberi peluang kepadanya untuk bercerita. Memang dari kecil aku dibesarkan
secara rational and berlandaskan kepercayaan Islam yang asas. Keluarga aku
memang tidak mudah percaya kepada benda benda tahyul. Kalau sakit, kita akan
dibawa berjumpa doctor dan bukan bomoh. Kalau terasa atau terdengar sesuatu,
kita akan berfikir secara logic dan bukan menyangka yang bukan bukan seperti
tempat itu berhantu. Itulah cara aku dibesarkan. Tidak ada komplikasi kepada
benda yang mudah.
Memang benar benda halus dan ilmu
hitam wujud di mana mana dan memang ada orang yang mempraktikkannya tetapi aku
dibesarkan dengan kepercayaan yang utuh ya itu, segala perkara baik atau buruk,
semuanya terjadi dengan izin Allah. Jikalau tidak ada keizinan dari Allah untuk
perkara buruk atau baik itu berlaku, maka tidak akan berlakulah semua. Kalau
kita berjumpa bomoh, dan meminta sesuatu daripadanya, dan benda itu
terjadi...mungkin sesetengah orang akan percaya kehebatan bomoh itu dan lupa
bahawa Allah yang mengizinkan benda itu terjadi maka terjadilah ia. Syirik dan
munafik. Aku bukan golongan itu. Sembahyang aku tidak sempurna, puasa aku tidak
pernah cukup sebulan di Ramadan dan aku tidak berhijab tetapi aku tahu Allah
Tuhanku dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhnya. Bukan aku tidak percaya pada
benda halus ini tetapi aku cuma menjaga akidah aku.
Infinity dibesarkan cara
berlainan. Dia keturunan jawa dan memang percaya pada benda benda sebegini.
Kalau sakit dijumpanya bomoh, kalau mahu perniagaan bagus, dijumpanya bomoh.
Semuanya bomoh yang dia percaya. Mujur masa bersamanya aku tidak mudah
terpengaruh dengan cara dia. Dan sekarang dia mahu explain ataupun clarify
dengan aku bahawa apa yang berlaku antara kita 4 tahun lalu bukan salah dia dan
salah....ilmu hitam? Dia sudah pergi 'berubat' katanya...dan setelah hampir
setahun dia 'berubat' baru dia sedar. Dia meminta maaf dari aku dan mengaku
yang dia telah membuat banyak kesilapan.
Aku tidak berdendam tetapi aku
masih ada sedikit perasaan menyampah dengan sikapnya yang mudah sangat terpengaruh
dengan keadaan sekeliling. Seingat aku, akulah yang banyak mengalah dalam
perhubungan kita. Kalau tidak disihir pun, aku rasa dia memang lebih pentingkan
diri sendiri. Semuanya harus senang untuk dia. Pakciknya seorang bomoh katanya
memberitahu bahawa aku mempunyai hati yang hitam dan rakan kongsi businessnya
berkata yang aku akan membawa sial dalam hidupnya jika dia tidak meninggalkan
aku. Jadi, setelah 4 tahun kalau dia ingin menebus kesilapannya kepada aku
hanya dengan alasan disihir atau di ilmu hitam atau putih, semestinya aku
menyampah dan muak. Kalau memang betul pun kata katanya, ya, mungkin, tetapi
apa yang aku boleh buat sekarang? Masa sudah berlalu, everybody and everything
have moved on. Aku pun sudah memaafkan dia. Sudah diberitahu kepada dia, dan
selepas itu dia menghantar lagi email, kononnya mahu berjumpa dengan aku for
the last time. Oh Dear God...aku pun sememangnya geli dengan kata kata seperti
itu lalu aku nasihatkannya tidak perlu to get all emotional about this. Perkara
lama, biarkan sahaja ia berlalu.
Memang apa yang berlaku diantara
aku dan dia sudah lama berlalu. Kita tidak pernah bertemu selepas berpisah.
Masing masing membawa haluan sendiri seperti strangers. Dia cuba beberapa kali
untuk berkawan tetapi aku yang mendiamkan diri. Mungkin aku masih perlukan masa
membaiki hati, menguatkan semangat dan berjalan terus tanpa menoleh ke
belakang. Aku mengaku bahawa pada saat saat aku keluar dari rumah itu, memang
terasa sayang pada dia. Selama bersama tidak terasa cinta mungkin sebab aku
tahu aku memilikinya setiap saat. Bangun dari tidur, akan ku lihat wajahnya
kerana aku tahu dia akan bersamaku pada waktu aku membuka mata dari tidur. Tiba
waktu aku tinggalkan dia dan juga rumah yang kami kongsi, terdetik di hati yang
mengejutkan dari hayalan bahawa aku hanya menyayangi dia dan tidak mungkin lagi
aku berpeluang berbuat demikian lagi. Ternyata dan terbukti sudah, Infinity
tidak mengajar aku untuk bercinta...
Hanya dengan seorang sahaja yang aku rasakan cinta dan kini dia pun diam bertemankan sepi. Hanya dia yang mengajar aku apa itu cinta dan memang aku rasakan di saat perpisahan kami...semoga engkau juga merasakan apa yang pernah aku rasa bersama kau...
Subscribe to:
Posts (Atom)