I Am Sensitive

I Am Sensitive

Saturday, December 8, 2012

Cinta Tidak Pernah Disedari Sehingga Saat Perpisahan


Assalamualaikum Diary,

Hari ini aku penat berkerja. Penat sekali sehingga terasa kaki sakit menampung beratnya tanggungjawab berkerja demi untuk mencapai cita-cita. Harap harap kau sihat walafiat Diary. Rindu untuk menulis kepada kau selalu aku rasa tetapi sayangnya masa bukan lagi senang untuk aku miliki. Aku penat bila pulang dari kerja dan minda aku pun tidak boleh berfungsi dengan baik bila penat. Banyak sekali cerita hendak dikongsi sama kau, tapi sungguh kepenatan yang melanda badan dan otak aku mengawal keadaan diri aku sekarang ini. Macam macam yang aku sedang fikirkan untuk kedai yang bakal dibuka. Semuanya di minda sahaja, tidak sempat mencatat di dalam business plan aku.

Hari ini juga aku mendapat email di facebook dari kekasih lama, Infinity. Bukan pertama kali, pernah dia menghantar email kepadaku beberapa kali cuma aku sahaja yang tidak membalas. Bukan sombong tetapi aku cuma mungkin 'malas' untuk membalas. Ya, memang sudah tidak ada rasa kasih sayang kepadanya tetapi itu bukanlah satu alasan untuk aku mendiamkan diri. Entah, mungkin aku masih menyimpan perasaan benci terhadapnya. Ya mungkin itulah yang apa aku rasa sebab tiap kali disebut namanya, aku seolah olah dibawa ke waktu silam yang mengingatkan aku pada waktu dia melayan aku begitu endah tak endah. Yelah, masa itu kan dia sudah ada teman baru, jadi teman lama begitu mudah dia abaikan ataupun lupakan. Things are hot when they are new.

Zalim dan tidak berperasaan. Itu sahajalah yang boleh aku gambarkan bagaimana dia melayan aku sewaktu the last weeks of our relationship. Aku terkontang kanting bagaikan anak anjing kehilangan ibunya. Ya, kisah silam tetapi dia muncul kembali menyatakan dalam emailnya yang dia sebenarnya telah dipergunakan oleh seseorang itu untuk kepentingan si simpulan itu. Kononnya, dia seperti tidak sedarkan diri atau pun di sihir dan mengikut sahaja kehendak si simpulan itu dan secara langsung melupakan dan mengabaikan aku. Aku membalas emailnya setelah 7 jam kemudian. Aku tidak memberi comment apa apa tentang pendirian dia, tetapi aku cuma mengatakan bahawa aku sudah memaafkan dia pada saat aku tinggalkan rumah yang kita kongsi. Sudah 4 tahun berlalu, mana mungkin aku masih ada perasaan sayang atau kasih padanya.

Dia ingin menceritakan sesuatu kepadaku. Seolah olah mahu aku percaya bahawa tindakan dia terhadap aku masa itu bukan kehendak dirinya tetapi atas ilmu hitam yang kononnya digunakan ke atasnya. Dia berkali kali berkata yang semua itu diluar kawalannya. Dirinya telah dipergunakan. Bukan aku tidak boleh percaya dan bukan aku tidak mahu memberi peluang kepadanya untuk bercerita. Memang dari kecil aku dibesarkan secara rational and berlandaskan kepercayaan Islam yang asas. Keluarga aku memang tidak mudah percaya kepada benda benda tahyul. Kalau sakit, kita akan dibawa berjumpa doctor dan bukan bomoh. Kalau terasa atau terdengar sesuatu, kita akan berfikir secara logic dan bukan menyangka yang bukan bukan seperti tempat itu berhantu. Itulah cara aku dibesarkan. Tidak ada komplikasi kepada benda yang mudah.

Memang benar benda halus dan ilmu hitam wujud di mana mana dan memang ada orang yang mempraktikkannya tetapi aku dibesarkan dengan kepercayaan yang utuh ya itu, segala perkara baik atau buruk, semuanya terjadi dengan izin Allah. Jikalau tidak ada keizinan dari Allah untuk perkara buruk atau baik itu berlaku, maka tidak akan berlakulah semua. Kalau kita berjumpa bomoh, dan meminta sesuatu daripadanya, dan benda itu terjadi...mungkin sesetengah orang akan percaya kehebatan bomoh itu dan lupa bahawa Allah yang mengizinkan benda itu terjadi maka terjadilah ia. Syirik dan munafik. Aku bukan golongan itu. Sembahyang aku tidak sempurna, puasa aku tidak pernah cukup sebulan di Ramadan dan aku tidak berhijab tetapi aku tahu Allah Tuhanku dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhnya. Bukan aku tidak percaya pada benda halus ini tetapi aku cuma menjaga akidah aku.

Infinity dibesarkan cara berlainan. Dia keturunan jawa dan memang percaya pada benda benda sebegini. Kalau sakit dijumpanya bomoh, kalau mahu perniagaan bagus, dijumpanya bomoh. Semuanya bomoh yang dia percaya. Mujur masa bersamanya aku tidak mudah terpengaruh dengan cara dia. Dan sekarang dia mahu explain ataupun clarify dengan aku bahawa apa yang berlaku antara kita 4 tahun lalu bukan salah dia dan salah....ilmu hitam? Dia sudah pergi 'berubat' katanya...dan setelah hampir setahun dia 'berubat' baru dia sedar. Dia meminta maaf dari aku dan mengaku yang dia telah membuat banyak kesilapan.

Aku tidak berdendam tetapi aku masih ada sedikit perasaan menyampah dengan sikapnya yang mudah sangat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Seingat aku, akulah yang banyak mengalah dalam perhubungan kita. Kalau tidak disihir pun, aku rasa dia memang lebih pentingkan diri sendiri. Semuanya harus senang untuk dia. Pakciknya seorang bomoh katanya memberitahu bahawa aku mempunyai hati yang hitam dan rakan kongsi businessnya berkata yang aku akan membawa sial dalam hidupnya jika dia tidak meninggalkan aku. Jadi, setelah 4 tahun kalau dia ingin menebus kesilapannya kepada aku hanya dengan alasan disihir atau di ilmu hitam atau putih, semestinya aku menyampah dan muak. Kalau memang betul pun kata katanya, ya, mungkin, tetapi apa yang aku boleh buat sekarang? Masa sudah berlalu, everybody and everything have moved on. Aku pun sudah memaafkan dia. Sudah diberitahu kepada dia, dan selepas itu dia menghantar lagi email, kononnya mahu berjumpa dengan aku for the last time. Oh Dear God...aku pun sememangnya geli dengan kata kata seperti itu lalu aku nasihatkannya tidak perlu to get all emotional about this. Perkara lama, biarkan sahaja ia berlalu.

Memang apa yang berlaku diantara aku dan dia sudah lama berlalu. Kita tidak pernah bertemu selepas berpisah. Masing masing membawa haluan sendiri seperti strangers. Dia cuba beberapa kali untuk berkawan tetapi aku yang mendiamkan diri. Mungkin aku masih perlukan masa membaiki hati, menguatkan semangat dan berjalan terus tanpa menoleh ke belakang. Aku mengaku bahawa pada saat saat aku keluar dari rumah itu, memang terasa sayang pada dia. Selama bersama tidak terasa cinta mungkin sebab aku tahu aku memilikinya setiap saat. Bangun dari tidur, akan ku lihat wajahnya kerana aku tahu dia akan bersamaku pada waktu aku membuka mata dari tidur. Tiba waktu aku tinggalkan dia dan juga rumah yang kami kongsi, terdetik di hati yang mengejutkan dari hayalan bahawa aku hanya menyayangi dia dan tidak mungkin lagi aku berpeluang berbuat demikian lagi. Ternyata dan terbukti sudah, Infinity tidak mengajar aku untuk bercinta...

Hanya dengan seorang sahaja yang aku rasakan cinta dan kini dia pun diam bertemankan sepi. Hanya dia yang mengajar aku apa itu cinta dan memang aku rasakan di saat perpisahan kami...semoga engkau juga merasakan apa yang pernah aku rasa bersama kau...

No comments:

Post a Comment