Hello Diary,
Hari ini mungkin adalah hari sedih untuk aku. Tidah tahu mengapa tetapi aku sedih. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Mungkin dibiarkan sahaja lebih baik daripada mencuba apa apa sahaja untuk memulihkan keadaan. Pernah aku berkata, biar tak berkasih, biar tak berkawan, asalkan jangan hancur hati. Ketahuilah teman, aku ini seorang manusia yang paling susah untuk difahami. Untuk memahami aku kau perlukan sebuah 'skill' yang tinggi. Panas baranku setanding singa liar di dalam hutan. Jikalau aku marah, aku terus sahaja menyerang dan menyerbu tanpa usul periksa dahulu.
Aku memang bukan seorang teman yang senang. Kalau aku berpacaran, paling lama ia boleh bertahan selama 2 tahun dan lepas itu ada sahaja yang akan menjadikan hubungan itu putus. Umur sudah meningkat begini tetapi aku masih disini mencari sedikit restu dari orang sekeliling. Aku tidak pernah puas dengan apa yang aku ada. Itulah apa yang pernah kau ungkapkan. Ya, mungkin betul. Aku banyak mengeluh. Itu juga yang apa engkau ungkapkan. Ya, aku setuju. Hari ini, aku membuat keputusan yang agak besar. Aku lebih baik bersendiri. Ini supaya tidak ada lagi rasa rasa tidak sedap diantara kita. Aku sendiri menghadapi kesukaran memahami diriku apatah lagi wahai engkau, teman.
Dengan ibu bapaku, aku pun begini. Apabila marah, susah sekali aku mengawal keadaan diri aku. Pinggan akan dihempas, mulut begitu lantang aku bersuara. Keluar segala kata kata yang tidak sedap didengar. Aku masih mencuba. Aku tidak pernah berhenti mencuba tetapi aku harus mengaku ianya sukar untuk aku berubah. Hatiku begitu sensitif tetapi amarahku terlalu besar untuk aku dan ego ku juga sama besar seperti Singapura.
Aku tidak bangga dengan diri ini. Jadi, aku tidak hairan jikalau engkau sudah hilang rasa hormat kepada aku. Semua silap bermula dari aku. Aku yang harus engkau salahkan. Mungkin hati ini hanya ingin berteman, tetapi naluri seorang lesbian di dalam diri ini begitu kuat untuk aku lawan pada masa itu. Hari ini aku kehilangan seorang kawan dan hari ini juga aku kehilangan seorang kekasih. Dua orang yang baik dalam hidup aku. Aku tidak mencuba untuk mempertahankan. Mungkin aku penat. Mungkin engkau akan lebih memahami kenapa.
Dengan keadaan diri, aku pun sudah hilang semangat. Apa yang aku inginkan belum lagi tercapai. Masih jauh perjalanan aku wahai teman. Aku sangkakan sudah akan dicapai, tetapi masih belum lagi. Susah sekali...semangatku sedikit goyang sekarang. Harapanku sudah tipis. Aku masih memulihkan diri dari berasa kecewa. Mungkin itu juga sebabnya aku berkasar dengan engkau teman. Dengan engkau sahaja aku boleh lepaskan sebab aku rapat dengan engkau. Tidak ada rasa segan silu lagi dengan engkau. Terlalu selesa bersama engkau hingga tiada batasnya untuk aku menjadi diri aku yang sebenar. Maafkan aku teman. Aku terlupa engkau juga ada perasaan yang harus aku jaga. Selama ini hanya perasaan aku yang diutamakan. Cuai sekali aku. Mungkin tiada lagi kasih sayang atau pun cinta. Tetapi engkau lah teman yang aku selesa bersama.
Engkau pandai melayan kerenah aku. Terasa kehilangan di waktu waktu genting ini apabila ianya sudah dirasmikan. Masa masa yang aku ada...aku akan hanya membuat apa yang patut aku buat. Masih cuba membaiki skill aku dalam Forex. Masih cuba mencapai cita cita aku. Satu hari teman.....aku tahu aku akan capai juga apa aku inginkan. Memang aku penat, tapi aku tidak pernah berputus asa. Kadang kala aku berehat sebentar tapi aku tidak pernah berhenti. Sama macam apabila aku mendaki gunung. Matlamat aku untuk sampai di atas. Susah sekali teman...tatpi aku selalu berjaya.
Ya, sekarang kau sudah tiada lagi. Tapi aku masih ada cita cita. Ini lebih baik teman...aku pun sangat rasa bersalah kerana asyik mengasari engkau, berbahasa kesat kepada engkau. Semua amarah aku dilepaskan begitu senang kepada engkau. Maafkan aku teman....aku mahu berhenti berasa bersalah. Engkau tidak patut dilayan begitu. Semuanya salah aku ya teman. Jangan sesekali engkau fikirkan engkau tidah cukup bagus atau tidak sempurna untuk aku. Aku sahaja yang tidak pernah puas atau bersyukur dengan apa yang diberi kepadaku.
Aku susah melupakan kisah lama. Aku susah menutup buku lama. Aku masih meridukan waktu waktu dulu. Aku sebenarnya hidup di zaman silam. Engkau tahu itu semua, tetapi engkau diam dan biarkan sahaja. Kesabaranmu sungguh aku kagumi teman. Aku tidak ada kesabaran seperti engkau. Aku bukan seorang yang penyabar. Patut aku pelajari sikap sabarmu itu. Mungkin sudah lambat ya wahai teman. Ya...mungkin sudah lambat....aku banyak membuat kesilapan terhadapmu. Bukan dengan engkau sahaja, dengan teman teman aku yang lain juga...aku harus pergi sekarang. Ingat ya teman...ini bukan salah engkau. Aku telah menipu keadaan. Aku pergi sekarang.
No comments:
Post a Comment