I Am Sensitive

I Am Sensitive

Tuesday, June 12, 2012

Sedikit Dari Apa Aku Rasa

Hello Diary, 

Apa khabar kau di sana? Sudah terasa lama sekali aku tidak menulis. Jadual harian tidaklah begitu sibuk tapi masih tidak ada masa untuk menulis. Hari hari yang aku lalui seperti biasa. Hanya menunggu masa for that something to happen. Sementara menunggu, aku masih lagi mengharap dengan penuh yakin bahawa suatu hari akan terjadi juga perkara yang sangat aku ingini sekali. Pernah aku terasa seperti mahu menyerah kalah tetapi sebagai manusia, masih ada sedikit perasaan untuk tidak berputus asa. Lumrah hidup...bila gagal atau lama sangat menunggu, pasti akan terasa seperti putus harapan atau hilang segala semangat yang ada.  

 Aku masih berusaha walaupun usaha aku tidaklah begitu effective tapi hanya itu yang mampu aku lakukan. Kadang kala, teringin sekali meminta dari ibu bapaku tetapi siapalah diri ini. Aku tidak pernah membanggakan mereka apatah lagi menyenangkan mereka. Sudah tak terkira berapa kali kegagalan aku. Buat itu tak menjadi buat ini tak menjadi. Apa sahaja yang boleh aku buat yang akan menjadi. Kalau diukur kajayaan aku...mungkin hanya seberapa baris sahaja di muka surat pertama. Tidak perlu muka surat kedua untuk mencatit kejayaan aku.  Tetapi...despite all that, aku tahu aku masih ada cita cita, harapan, semangat dan mungkin juga segelintir teman teman yang percaya aku akan sampai juga di destinasi aku. 

Ya Tuhan...sungguh tidak senang untuk diri aku mengharungi jalan ini. Mungkin senang pada yang lain tapi bukan untuk aku sebab aku adalah seorang dreamer yang mudah hilang focus. Aku tahu apakah yang ada di dada aku tapi aku hanya manusia yang perlukan sokongan moral. Ini bukan self pity tetapi hanya kenyataan yang jujur.  Sudah berapa hari aku menghabiskan masa membaca tentang fakta fakta untuk project aku. Ada juga aku berkongsi dengan ibuku tetapi hanya kritikan demi kritikan yang dilemparkan kepadaku. Aku hanya berdiam seribu bahasa dan pada masa itu juga aku tahu, walau macam mana susah atau lambat pun aku mesti berdiri di atas kaki sendiri. Aku tidak marah, cuma terkilan tetapi siapa yang punya angkara kalau bukan diri aku sendiri? Kegagalan aku lebih banyak dari kejayaan aku, jadi janganlah berkecil hati jikalau dilayan sebegitu oleh seorang insan yang paling aku harapkan untuk memberi sokongan moral kepadaku.  

Diary, di dalam hati aku ada seperti satu perasaan yang sudah sekian lama aku pendamkan. Perasaan itu seperti melonjak lonjak tidak sabar untuk break free, kau paham maksud aku? Tapi masih belum boleh aku lepaskan perasaan itu. Banyak sekali perkara perkara yang membuat aku memendam perasaan aku dengan keluarga aku. Ia bukanlah dendam tapi satu perasaan yang susah untuk aku luahkan. Mungkin boleh, tapi mungkin juga itu hanya perasaan aku sendiri. Engkau pun tahu betapa sensitive hati aku ini. Mungkin juga perasaan yang aku ada hanyalah mainan hati dan emosi.

 Diary...ketahuilah engkau, aku menulis bukan untuk meminta atau menagih simpati. Ini hanya sedikit luahan yang perlu aku keluarkan daripada berbuku di dalam hati. Semua orang tahu kalau perasaan yang tidak sihat dibiarkan membesar di dalam hati, ia boleh menjadi suatu penyakit. Tidak pernah aku meminta mereka percaya kepadaku tetapi jauh di sudut hati, ingin sekali aku mendengar kata kata perangsang untuk aku membekalkan diri meneruskan perjalanan ini kerana aku tahu aku perlukan itu untuk membakar sedikit semangat yang telah tinggal di dalam diri ini. Semoga aku tabah, jiwa aku kuat dan minda aku sihat apabila sampai di sana kelak.



No comments:

Post a Comment