Hello Diary,
Aku sudah pulang dari Middle East. Sudah 3 minggu aku pulang
dan aku tidak pula rasa jet lag atau kepenatan. Perjalanan aku alhamdulillah,
syukur tiada apa apa yang bahaya berlaku walaupun aku hampir hampir terpaksa
menukar jadual penerbangan aku dari Doha ke Oman. Di saat itu itu aku terasa
amat kecewa dan marah dengan immigration officers di Doha. Begitu kurang ajar
sekali mereka dan disebabkan merekalah aku hampir terpaksa mengorbankan flight
ticket yang sudah di bayar dan ditempah. Hampir- hampir. Ya Diary, tetapi
alhamdulillah syukur kepada Tuhan berkat doa aku dan dengan izin Tuhan, aku
dapat berlepas.
Pengalaman di Doha tidaklah begitu gah. Pada aku, di Doha
biasa biasa sahaja. Aku suka sekali dengan Souq Waqif di sana. Begitu unik dan
terasa aku di negara Arab. Di Doha mahal mahal belaka barang barangnya tetapi
masih mampu lagi kerana exchange rate SGD besar bila ditukarkan kepada Qatari
Riyal. Aku tidak shopping sangat di Doha kerana tidak ada apa yang aku ingin
sekali beli. Ada juga yang aku beli seperti leather jacket, bag tangan, abaya,
fridge magnet dan apa lagi aku pun lupa.
Aku tiba di Oman selepas ke Doha dan aku rasa aku lebih
sukakan Oman dari Doha dan Dubai. Banyak yang boleh aku ceritakan pada kau
Diary tetapi aku agak malas mahu bercerita kerana banyak sangat yang harus
diceritakan kalau aku mahu betul betul bercerita.
Tetapi kesimpulannya, Oman
adalah negara yang cantik dan aku suka kepada Oman kerana Oman masih mempunyai
identiti Arab dan aku banyak berkunjung ke nature wonders of Oman. Di Doha tidak boleh banyak ku ceritakan,
pengalaman pahit aku hanya apabila aku sampai dan pulang di airport. Aku suka
souq waqif di antara banyak banyak souq yang aku pergi. Di Dubai, aku cuma sukakan
old souq nya dan juga makanan cina hot pot yang aku makan. Tidak terasa
langsung aku di middle east bila di Dubai. Aku lebih terasa yang aku berada di
India bila di sana. Abu Dhabi biasa biasa sahaja. Aku pergi juga ke Grand
Mosque dan ya, sungguh cantik sekali. Apa apa pun, perjalanan aku di middle east
selama 18 hari di 3 buah negara amat membuka kan mata aku. Jikalau aku diberi
pilihan di antara 3 negara ini, aku akan memilih Oman.