I Am Sensitive

I Am Sensitive

Sunday, March 29, 2015

Aku Sudah Pulang



Hello Diary,

Aku sudah pulang dari Middle East. Sudah 3 minggu aku pulang dan aku tidak pula rasa jet lag atau kepenatan. Perjalanan aku alhamdulillah, syukur tiada apa apa yang bahaya berlaku walaupun aku hampir hampir terpaksa menukar jadual penerbangan aku dari Doha ke Oman. Di saat itu itu aku terasa amat kecewa dan marah dengan immigration officers di Doha. Begitu kurang ajar sekali mereka dan disebabkan merekalah aku hampir terpaksa mengorbankan flight ticket yang sudah di bayar dan ditempah. Hampir- hampir. Ya Diary, tetapi alhamdulillah syukur kepada Tuhan berkat doa aku dan dengan izin Tuhan, aku dapat berlepas. 

Pengalaman di Doha tidaklah begitu gah. Pada aku, di Doha biasa biasa sahaja. Aku suka sekali dengan Souq Waqif di sana. Begitu unik dan terasa aku di negara Arab. Di Doha mahal mahal belaka barang barangnya tetapi masih mampu lagi kerana exchange rate SGD besar bila ditukarkan kepada Qatari Riyal. Aku tidak shopping sangat di Doha kerana tidak ada apa yang aku ingin sekali beli. Ada juga yang aku beli seperti leather jacket, bag tangan, abaya, fridge magnet dan apa lagi aku pun lupa.
Aku tiba di Oman selepas ke Doha dan aku rasa aku lebih sukakan Oman dari Doha dan Dubai. Banyak yang boleh aku ceritakan pada kau Diary tetapi aku agak malas mahu bercerita kerana banyak sangat yang harus diceritakan kalau aku mahu betul betul bercerita. 

Tetapi kesimpulannya, Oman adalah negara yang cantik dan aku suka kepada Oman kerana Oman masih mempunyai identiti Arab dan aku banyak berkunjung ke nature wonders of Oman. Di  Doha tidak boleh banyak ku ceritakan, pengalaman pahit aku hanya apabila aku sampai dan pulang di airport. Aku suka souq waqif di antara banyak banyak souq yang aku pergi. Di Dubai, aku cuma sukakan old souq nya dan juga makanan cina hot pot yang aku makan. Tidak terasa langsung aku di middle east bila di Dubai. Aku lebih terasa yang aku berada di India bila di sana. Abu Dhabi biasa biasa sahaja. Aku pergi juga ke Grand Mosque dan ya, sungguh cantik sekali.  Apa apa pun, perjalanan aku di middle east selama 18 hari di 3 buah negara amat membuka kan mata aku. Jikalau aku diberi pilihan di antara 3 negara ini, aku akan memilih Oman.   

No comments:

Post a Comment