I Am Sensitive

I Am Sensitive

Tuesday, October 8, 2013

Cerita Hari Selasa

Salam Diary,

Selamat tengah hari. Aku tidak berkerja hari ini kerana aku harus pergi ke hospital untuk medical check up aku. Ini adalah kali ke tiga selepas aku dikeluarkan dari hospital. Aku harus pergi medical check up sebulan sekali sehingga aku di istiharkan bebas daripada penyakit Tubercolosis. Setiap bulan aku harus ketepikan sedikit wang untuk perbelanjaan medical aku. Memang itu sudah termasuk dalam cost bulanan aku. Sebaik sahaja mendapat gaji, aku akan asing asingkan duit gaji aku mengikut percentage untuk simpanan, perbelanjaan dan bills. 

Memang aku belum pernah lagi kesempitan wang semenjak aku kembali ke Singapura. Mungkin aku seorang yang berdipsiplin dalam soal wang ringgit ataupun aku memang bukan seorang yang pemboros. Tetapi boleh dikatakan juga hampir setiap bulan aku akan shopping baju, seluar dan kasut. Tetapi Diary, jangan salah paham ya, bukanlah aku beli yang mahal mahal sahaja...baju baju dan seluar yang aku beli semuanya aku beli online dari cotton on dan kebanyakkannya semua daripada section yang 'nothing above $10'. 

Jadi memang aku sudah terbiasa dengan bershopping online dengan barang yang harga macam itu. Sesekali, harus memanjakan diri sendiri selepas berpenat lelah berkerja. Aku rasa memang sudah sekian lama aku tidak bershopping. Duit yang ada aku simpan untuk kecemasan dan untuk masa depan. Apa masa depan aku, aku tidak tahu tetapi sudah aku bilang aku ada rancangan. Boleh dikatakan duit aku sekarang ini sudah cukup untuk membuka gerai makan yang aku idam idamkan tetapi, bila sudah ada wang, aku pula yang seperti berubah fikiran. 

Nanti dulu Diary, jangan cepat menghukum. Aku berubah fikiran tentang soal mahu terus berkerja makan gaji atau mahu buka perniagaan aku sendiri. Sekarang ini kalau mahu diikutkan, aku sudah sedikit stable dengan perkerjaan aku. Sales aku sudah agak bagus dan peluang untuk aku membuat duit lebih banyak di tempat kerja aku ini. Selain dari basic pay, aku boleh mendaptat commission daripada sales yang aku buat bulanan dan aku juga ada peluang untuk membuat overtime pada hari hari Sabtu. Selain itu semua, aku juga layak untuk mendapat bonus tahunan. Jadi aku fikir, lebih baik aku berkerja dahulu untuk mengambil kesempatan dari itu semua sebelum aku betul betul berpindah ke Malaysia. 

Lagipun aku kan mahu beli rumah di Singapura dulu. Jikalau aku berkerja, duit CPF aku akan bertambah banyak lagi untuk membayar harga rumah itu jikalau aku dapat. Lagipun rancangan berpindah ke Malaysia hanya lagi 4 tahun. Tidak lama sangat untuk menunggu. Jikalau aku membuat keputusan untuk terus membuka gerai makan aku...aku ada risiko yang belum tentu lagi perniagaan aku itu akan maju atau berjaya. Aku penat Diary untuk bangun semula. Jangan salah paham ya. Memang sekarang aku berada di dalam comfort zone aku tetapi masih berbuku di dalam hati untuk kembali beraksi sebagai bos sendiri dan pulang ke Malaysia. 

Kereta aku di sana, rumah di Tangkak sudah tersedia. Sampai masanya nanti, tempoh 4 tahun itu sudah pun habis, kereta tidak perlu lagi aku bayar, rumah sudah tentu tidak perlu bayar apa apa...yang perlu aku adakan hanyalah duit perbelajaan hari hari untuk kedua ibu bapaku dan untuk diriku sendiri. Oh Diary, aku kembali active untuk mencari duit online dengan system affiliate marketing. Website aku sedang separuh siap. Aku tidak lagi bermain dengan forex sebab aku lebih banyak hilang duit daripada membuat duit. Aku masih belum pandai menguasai market. Jadi yang lebih selamat sekarang untuk aku berkerja dan menjadi internet marketer.    
 

No comments:

Post a Comment