I Am Sensitive

I Am Sensitive

Friday, September 20, 2013

Bersyukur Dan Terima Sahaja

Hello Diary,

Alhamdulillah kita berjumpa lagi. Syukur kepada Tuhan memanjangkan umur aku supaya aku boleh menulis kepada engkau lagi. Aku sihat alhamdulillah seperti biasa. Routine harian aku sekarang ini, bangun pagi dan mandi untuk ke kerja. Sebelum ke kerja akan aku singgah dahulu ke polyclinic untuk mendapatkan injection dan memakan ubat ubatku di sana. Itulah yang mesti aku buat setiap hari kecuali hari minggu dan public holidays.

Aku tidak boleh bercuti lama lama ke luar negara kerana commitment baru aku kepada time table baru aku. Aku mesti menghabiskan course of medicine aku ini selama sekurang kurangnya 6 bulan. Tidak pernah aku hadapi perkara seperti ini tetapi aku tetap bersyukur kerana penyakit aku ini boleh disembuh. Sekurang kurangnya ia bukan cancer dan itu sudah cukup bagus. Aku harus mendisiplinkin diri untuk mengikut jadual medication yang sudah ditetapkan. Aku mesti tahan sakit bila mendapat injection. Aku mesti berhenti mengeluh bila susah untuk tidur kerana kedua dua tangan aku sakit. Aku tidak boleh tidur seperti biasa. Kedua dua tangan aku menjadi mangsa injection setiap hari. Mereka akan bergilir gilir dicucuk oleh jarum yang hanya menunggu masa. Aku terima sahaja.

Seperti tangan aku yang terima sahaja apa apa, aku juga terima sahaja keputusan rumah yang aku ingin beli. Rezeki bukan milik aku. Aku tidak berpeluang kali ini. Aku tidak berputus asa Diary, aku akan mencuba lagi pada launch yang akan datang ini. Aku berharap aku akan dapat rumah itu suatu hari nanti. Ini adalah antara salah satu cara untuk aku mendapatkan asset untuk masa depan aku juga. Asset itu penting bagi aku kerana aku yakin aku tidak akan bersuami. Umur sudah meningkat dan sexual preference aku masih juga tidak berubah. Belum ada lagi teman wanita yang boleh aku habiskan masa menjadi tua dan dewasa bersama. Ini bermakna aku harus menyiapkan diri untuk menghadapi masa tua nanti. 

Walaupun tidak punyai banyak wang tetapi kalau mempunyai asset, aku boleh liquidate kan asset itu kepada wang. Sudah aku bilang pada kau, aku sudah mempunyai rancangan. Tetapi sebagai manusia, aku juga harus terima kalau rancangan aku tidak kesampaian. Ini semua kan kuasa Tuhan. Mungkin Tuhan ada yang lebih baik untuk aku. Kita tadak boleh tahu itu semua kan? Mungkin aku perlu mencuba lagi dan terus mencuba sahaja sampai aku dapatkan rumah itu. Mudah mudahan urusan urusan aku dipermudahkan oleh Tuhan. Aku tidak boleh berhenti dari berdoa dan berusaha.


   

 

No comments:

Post a Comment