Hello Diary,
Hari ini aku pergi interview
entah untuk kali ke berapa semenjak aku pulang ke Singapura. Sudah lama aku
tidak menulis untuk bercerita. Bukan tidak ada masa tetapi mungkin aku malas
sedikit sekarang. Aku sentiasa ada masa untuk menulis tetapi aku hanya menggunakan
masa itu untuk berhayal. I am a dreamer, itu memang sudah aku tahu.
Sebenarnya engkau sendiri tahu
kan yang aku akan pergi jauh sedikit kali ini untuk melancong. Daripada 1 march
sampai 18 march aku akan berada di Middle East. Duit yang aku akan habiskan pun
banyak juga sehingga aku terasa sedikit peritnya. Yelah, siapa yang tidak rasa
sedikit gelisah apabila savings sebanyak jumlah itu akan dihabiskan dengan
sekejap. Tetapi aku yakin, ini adalah sesuatu yang baik sebab hidup ini bukan untuk
tinggal di dalam satu negara sahaja kan? Biarlah jauh perjalanan jadi luas
pemandangan dan juga bertambahlah pengalaman. Itu sahaja yang aku percaya
kerana di dalam Islam sendiri digalakkan kita belajar sehingga ke China.
Memang tidak semua orang yang
berkongsi pendapat dengan aku. Itu memang lumrah manusia ya. Rambut sama hitam,
hati lain lain. Aku sendiri pun pernah bercerita dengan kawan aku. Dia memang
tidak pernah melancong ke luar negara. Bukan tidak mampu tetapi memang dia
jenis macam itu. Duit yang ada hanya dia reservedkan untuk hari tuanya. Itu
hujahnya dan memang tidak akan berubah pendiriannya. Aku pun diam sahaja.
Engkau tahu kan Diary, aku
berkerja temporary di Giant sebagai cashier. Sungguh lucu kerana semuanya menyangka
aku baru habis sekolah. Ada seorang kakak yang ingin kenalkan aku kepada
anaknya konon mahu bermenantukan aku. Ya Allah, berdegup jangtung aku dan
kebetulan kami, temporary cashier ini semua disuruh berhenti dari berkerja
sebentar. Aku mengambil kesempatan untuk terus sahaja berhenti. Seram sekali
aku. Yang kelakar sekali, bila ditanya berapa umurku, aku dengan spontan
berkata aku berumur 27 tahun. Hahahaha…entah bagaimana tiba tiba sahaja
terkeluar angka itu dari mulut. Tiada niat
untuk menipu tetapi secara tidak sengaja tercakap. Hahaha aku cuma berkerja selama 2 minggu sahaja, dapatlah aku gaji sebanyak $600. Cukuplah untuk membayar kereta dan insurance aku.
Sebenarnya Diary, aku agak takut
untuk berjalan kali ini. Tidak ada rasa excitement seperti aku pergi ke Vietnam
tahun lepas. Aku tak tahu kenapa tetapi aku selalu sahaja memikirkan pasal air
crash yang telah berlaku sejak kebelakangan ini. Yelah, ada tiga air crash yang
berlaku di mana semuanya dekat sahaja di hati. Maksud aku, semua ada kaitan
dengan Malaysia dan Malaysia itu boleh dikirakan my second county. Kawan kawan
pun ramai di sana. Entahlah Diary, sudah
lama aku asyik terfikir pasal ini. Aku cuba juga untuk tidak ingat kan perkara
itu tetapi makin aku cuba makin takut jadinya. Yelah aku tahu mati itu boleh
berlaku di mana mana sahaja. Tidak apalah Diary, apa apa pun aku rasa aku
terima sahaja lah dan berharap semuanya selamat nanti.
Buat pertama kalinya semenjak aku memakai handphone baru ini, tiba tiba aku menghantar message pada dia. Terasa macam aku mesti menghantarkan khabar kepadanya. Cukuplah untuk mengubat rindu.
No comments:
Post a Comment