I Am Sensitive

I Am Sensitive

Friday, February 17, 2012

Hidupkan Mimpi Itu



Hello Diary,

Sudah sekian lama aku tidak menulis dalam bahasa Melayu. Rindu. Itu lah satu satunya descriptions yang boleh aku rasakan pada kau dan seluruh orang orang yang pernah atau masih aku sayangi. Rindu sekali pada keadaan hidup dahuluku di Subang Jaya. Ya, aku masih tidak boleh get over the fact that I have moved back to Singapore. Oh maafkan aku ya, terlupa sekejap yang aku sedang berbicara dalam Bahasa Melayu pada kau. Kadang kadang, boleh dikatakan aku hayal hingga lupa pada objective utama. 

Sedih. Ya sedih aku dengan keadaan diri. Sudah sekian lama tapi masih lagi ada harapan untuk kembali ke Subang Jaya tempat yang pernah membuat aku rasa gembira sekali. Walaupun tidak kaya, tapi kehidupan aku masa itu cukup untuk membahagiakan aku. Dengan kawan kawan yang aku sayangi, aku amat gembira berada di sana walaupun berjauhan dari keluarga. Hidup aku kini selepas 2 tahun kembali masih lagi dibayangi oleh pengalaman pahit dan manis aku di sana. Sudah berapa kali bertukar perkerjaan kerana aku hanya berkerja sebab aku tahu aku mesti berkerja. Tidak pernah aku berkerja dan berasa happy dengan perkerjaan itu. 

Usah ditanya berapa kerja yang sudah aku ada atau berapa interviews yang sudah aku pergi. Banyak sekali pengalaman interviews yang aku kumpul hingga aku rasa aku boleh meneka apa yang akan ditanya oleh interviewers interviewers itu. Banyak sekali pengalaman aku sehingga aku sudah berasa mual dan jelak dengan routine mencari kerja. Aku begitu ghairah mencari kerja dahulu ketika baru pulang ke Singapura tetapi keadaan sudah berubah bagi diriku. Menyampah, malas dan sudah tidak ada semangat untuk menjalani routine itu semula kerana aku tahu aku tidak pernah ada hati yang penuh untuk melakukan kerja itu bersungguh sungguh. Aku hanya berkerja dengan harapan aku boleh mengumpul duit dengan secepat mungkin atau sebanyak yang mungkin dalam masa yang singkat supaya aku boleh membuka business aku sendiri dan secara tidak langsung aku boleh menjejakkan kaki ke Subang Jaya lagi. 

Diary, kalau engkau tahu sejujur jujurnya, aku memang tidak pernah berhasrat membuat perkerjaan yang pernah aku ada di sini sebagai career. Begitu lantang aku berbicara di dalam interiew sehingga aku senang mendapat perkerjaan. Ada kalanya aku berpendapat kalaulah ada pertandingan best interrviewee, memang sudah lama aku mengangkat trophy kemenangan. Tapi sebenarnya aku hanya menipu diri sendiri. Oh, I am not merely looking for a job but I am looking for a job which I hope to turn it into my career. Itulah ayat aku yang selalu aku gunakan untuk memancing interviewer untuk memilih aku. Bila diberi peluang itu, aku hanya boleh bertahan dalam 3 hingga 6 bulan sahaja. 

Penipu. Itulah aku Diary. Tetapi, aku rasa bukan aku seorang sahaja yang buat begitu. Inilah dunia dan selamat datang ke dunia aku ucapkan pada semua. Siapa sahaja yang tidak pernah menipu di dalam interview? Bohong sekali kalau tidak ada langsung di antara kita yang menipu. Itulah hakikatnya bahawa kita harus score dalam interview untuk memiliki kerja itu. Cuba bayangkan senario ini Diary, jikalau aku berterus terang dengan interviewer bahawa aku memilih untuk memohon kerja itu kerana aku harus berkerja untuk menyara diriku kerana diriku ini mempunyai keperluan asas yang harus aku jaga. Ini adalah soal makan dan minum dan soal aku ingin mencapai cita cita aku sebab aku ingin mencari wang yang banyak untuk membolehkan aku membuka sendiri kedai makanku yang sudah lama aku impikan. 

Kebenaranya, aku tidak pernah mahu membuat perkerjaan ini sebagai career aku sebab aku mempunyai agenda aku sendiri. Berkerja untuk setahun atau setahun setengah sehingga duit dan criteria aku mencukupi untuk mempunyai business sendiri. Yaaa....itulah dia jawapan aku.

Adakah kau rasa aku akan diambil kerja sedangkan aku memang tiada minat atau passion langsung untuk melakukan tugas itu. Semestinya interviewer mahukan seorang yang boleh berkerja lama di dalam syarikat itu. Sebab, high percentage of staffs turnover tidak begitu menguntungkan syarikat. 

Memang dari aku kecil, kalau bermain sendirian atau dengan abang abangku, aku akan memainkan peranan sebagai seorang penjaja makanan. Kertas akan aku gunting mengikut ukuran wang kertas untuk aku teruskan imaginasi aku bahawa kertas itu adalah wang. Products jualan aku ketika itu selalunya makanan seperti mee rebus, mee siam, lontong, mee soto dan macam macam lagi makanan. Itulah permainan aku ketika kecil dan sumpah aku tidak pernah bosan dengan permainan itu. Memang aku bercita cita untuk menjadi bos dari kecil. Suka sekali aku pada idea untuk menjadi nadi dalam syarikat milik aku sendiri. 

Penat. Aku penat Diary. Aku penat untuk bermimpi lagi. Banyak kesilapan yang aku buat di dalam hidupku yang jikalau aku meneliti keadannya, aku sebenarnya hanya membuang masa dengan berhayal dan bermimpi. Marah sungguh aku dengan diriku. Marah yang tidak pernah aku boleh tunjukkan. Mungkin juga aku sudah mula berputus asa dengan harapan, mimpi dan hayalan yang pernah aku agung agungkan. Tetapi, pernah aku mendengar bahwa mimpi adalah kunci untuk kita menakluki dunia. Mimpi yang bagaimana rupanya Diary? 

Aku tahu hidup tidak selalu adil tetapi kita boleh mengubah keadaan jika kita mahu. Ya, aku masih punyai mimpi dan cita cita cuma aku tahu ia akan mengambil masa untuk mencapainya. Tiada mimpi yang mustahil untuk kita. Sampai ke bulan sudah manusia jelajah inikan pula untuk mempunyai kedai makan sendiri. Aku hanya perlu akur dan tunduk dengan keadaan bahawa walaupun aku tidak suka atau tidak ada passion melakukan kerja yang aku buat, aku harus menghabiskannya sehingga aku capai criteria aku untuk membuka kedai makanku sendiri. Itulah dia theory yang simple dan mudah sangat difahami yang aku ambil 2 tahun untuk memahami semenjak pulang ke Singapura. 

Bodoh. Mungkin juga tapi jangan salahkan aku Diary. Saudaraku pernah memberikan pendapatnya terhadap aku. Dia bilang, aku ini adalah late bloomer. Ya mungkin juga. A very ambitious and a strong headed woman but very impatient yang selalu lambat sedar tentang keadaan. Diary, aku masih punyai nilai. Aku tahu walau berkali kali aku tersungkur dan terjatuh, aku tahu nilai diriku masih sama dengan manusia lain. Yang membezakan aku sama dia hanyalah seteguh mana iman dan amal kami. Bersabarlah wahai diriku sayang, biarpun lambat perjalanan aku, asalkan aku jangan berhenti sampailah aku di sana nanti. 


No comments:

Post a Comment