I Am Sensitive

I Am Sensitive

Thursday, August 22, 2013

Akhirnya Ia Hanya Tubercolosis

Hello Diary,

Sudah sekian lama tidak menulis. Entah bagaimana agaknya keadaan kau di sana. Maafkan aku kerana seperti mengabaikan engkau. Aku tidak pernah berniat begitu cuma entah kenapa, aku seperti malas hendak menulis. Ya...malas. Kalau mahu dihitung dengan jari, begitu banyak sekali cerita yang aku mahu berkongsi dengan engkau tetapi aku malas menulis sekarang ini. Entah sampai bila perasaan ini akan wujud. Aku tidak tahu.

Keadaan diri aku sekarang adalah baik. Aku bersyukur kerana aku telah membuat keputusan yang bijak dan mungkin juga pantas. Dua bulan lepas aku harus membuat CT Scan di hospital tetapi aku menolak. Batuk aku tidak berhenti henti dan aku terus batuk hingga aku sendiri pun cemas. Demam tidak usah dicakap. Hampir setiap hari aku demam dan panadol adalah rakan baik ku. 

Entah kenapa, tiba tiba pada Hari Raya, aku seperti terasa aku harus buat sesuatu tentang kesihatanku. Aku terus pergi ke Accident and Emergency di Tan Tock Seng Hospital. Aku bercerita dengan doctor dan aku dimasukkan ke dalam hospital. Aku bersyukur dan pada masa yang sama juga aku sebenarnya sedikit takut kerana aku hanya seorang diri. Aku tidak bertemankan sesiapa. Aku uruskan semuanya sendiri. Aku tidak menceritakan hal ini kepada keluarga kerana pada aku cukuplah dengan berita seram ini yang mereka terima hampir 10 tahun lalu.

Tubercolosis. 

Aku disahkan menghidap Tubercolosis. Aku diberi antibiotics. Jarum dicucuk ke tanganku dan aku terasa bahawa aku ini sedang betul betul sakit. Tidak pernah terasa seperti ini. Aku hanya menerima keadaan diri tanpa ditemani oleh sesiapa. Tetapi aku tidak begitu sedih dengan keadaan diriku. Maksud aku, aku tidak sedih kerana aku keseorangan. Aku yang memilih tidak memberitahu keluargaku kerana aku yakin aku boleh buat semuanya sendiri. Aku tidak mahu menyusahkan mereka. Lagipun Aku sedang menunggu katil kosong dan belum lagi dimasukkan ke dalam ward. Aku masih di atas katil di observation ward. Susah sedikit untuk sesiapa yang mahu melawat aku. 

Bila sudah di masukkan ke dalam ward, aku bersendirian lagi kerana aku tidak boleh dicampurkan bersama pesakit pesakit lain. Penyakit TB ini boleh dijangkiti melalui udara jadi mereka terpaksa meng 'isolate' kan diri aku. Ake seperti duduk di dalam private room. Aku mempunyai toilet sendiri di dalam bilik ini. Semuanya aku punya sendiri tetapi bukan kerana aku memilih untuk duduk di dalam private ward atau ward A1 cuma aku mesti diasingkan dari pesakit pesakit lain. 

Pengalaman tidur di hospital sungguh tidak selesa sekali. Aku bangun setiap jam. Susah untuk melelapkan mata kerana aku memang tidak selesa untuk tidur di hospital. Ini pun sudah nasib baik aku berada di bilik sendiri. Teringat pula kata kata Flying Babe...you snored so loud in your sleep like a contractor. hahaha...terasa segan untuk tidur walaupun aku tahu tidak ada sesiapa yang boleh mendengar snoring aku ini. Sesungguhnya aku ni memang seorang yang pemalu. 

Ibu bapaku datang melawat aku pada hari pertama. Mereka tidak marah denganku kerana tidak memberitahu mereka dengan cepat cuma mereka hanya hairan apakah penyakit aku sedangkan aku memang tidak pernah menunjukkan sebarang tanda tanda bahawa aku ni sakit.Mereka tidak menunjukkan yang mereka risau tetapi jelas terpancar di wajah tua mereka. Selepas kehilangan anak hampir 10 tahun lalu, tipulah jikalau mereka tidak sedikitpun risau atau takut dengan keadaan diriku ini.

Itulah juga sebab kenapa aku mendiamkan diri tentang penyakit aku selama ini sehinggalah sekarang. Aku tidak mempunyai pilihan kerana aku terpaksa. Ya, aku bersyukur kerana ia hanyalah TB dan bukan lung cancer atau apa apa penyakit yang serious atau tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan pulih. Apabila aku sembuh, aku akan buat yang terbaik untuk diri ini. Aku akan pastikan bahawa hidup aku akan terjamin dari segala aspect

Hidup ini hanya sementara Diary. Kita akan sihat sebelum sakit, miskin sebelum kaya, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Apa yang kita buat pada masa hidup kita hanyalah kita sahaja yang tahu. Aku bersyukur kerana masih mempunyai waktu untuk keluargaku. 

Tuhan, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment