Hello Diary,
Salam sejahtera. Aku harap sekali yang engkau sihat di sana.
Aku sihat alhamdulillah. Cuma sedikit penat dan sedikit risau. Tidak apa apa
Diary. Risau aku ini tidaklah serious sangat. Tidak lama lagi mungkin risau aku
ini akan hilang. Aku sudah tidak berkerja lagi. Contract aku tamat dan aku
tidak mahu menyambung. Aku mahu buat benda lain. Belum tahu apa tapi aku sedang
mencari.
Oleh kerana itu, aku mengambil peluang ini untuk keluar dari
Singapura. Hari minggu aku akan mendaki Gunung datuk dan selepas itu aku ke
tioman dan vietnam. Aku akan memandu seorang sahaja. Aku agak nervous sedikit.
Semuanya aku lakukan seorang sahaja. Di tioman Hipopotamus akan menunggu aku di
jeti mersing tetapi aku akan bersendirian pergi ke gunung datuk dan juga ke
mersing. Harap harap semuanya akan berjalan lancar untuk aku. Semoga
dipermudahkan segala urusan aku.
Aku sudah habis packing dan backpack aku memang berat.
Terasa seperti memanjat gunung. Teringat kembali zaman aku hiking. Memang
itulah zaman paling best dalam hidup aku. Dan juga waktu waktu aku tinggal di
Subang Jaya. Boleh aku katakan, those were the best years of my life.
Aku mesti bangun pagi besok. Entah boleh atau tidak aku
tidak tahu. Aku terasa seperti malas mahu pergi. Tidak tahu kenapa tapi mungkin
sebab aku akan keseorangan nanti. Tidak apa Diary, ini hanya untuk sementara
sahaja. Aku yakin ini semua akan berulang lagi kerana sekarang memang aku
sendiri sahaja kan. Apa apa yang aku buat semuanya sendiri sahaja. Ini lebih
bagus bukan. Barang barang aku sudah siap semuanya. Harap Harap tidak ada yang
aku lupa.
Mungkin aku tidak pergi ke gunung datuks ebab sekarang ini haze sangat teruk sekali di Negeri Sembilan. Gunung Datuk berada di sana dan aku baru sahaja berurusan dengan organiser gunung datuk ini. Dia kata mungkin akan cancel dan aku pun macam putus harapan sahaja sekarang ini. Tidak apalah Diary. Aku tidur dulu ok. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment