I Am Sensitive

I Am Sensitive

Saturday, March 17, 2012

Aku Nak Khawin Nur KasihKu


Hello Diary,

Hari ini aku menghabiskan masa dengan bermain games yang baru sahaja aku download di iPad aku. Bermacam macam games yang aku download sehingga aku hayal bermain games itu sepanjang hari. Oh ya...kalau dalam bahasa Melayu, maksudnya aku memuat turun, betul kan? Tidak pernah aku mendengar perkataan itu tetapi sejak kita memasuki dunia yang canggih ini, seringkali aku mendengar perkataan itu lebih lebih lagi apabila berada di Malaysia. Siapa yang bertanggungjawab atas perkataan itu, aku sendiri pun tidak tahu tetapi aku yakin sesiapa sahaja yang decide perkataan itu adalah yang paling tepat untuk download, sememangnya dia bijak. Jikalau engkau bertanya pada aku, aku sendiri pun tidak punyai perkataan yang aku rasa sesuai. Mungkin vocabulary Melayu aku tidak sehebat sang pencipta itu.

Minggu lepas aku sibuk menghadiri majlis perkhawinan adik saudaraku. Umurnya 28 tahun dan memang sesuailah untuk dia berkhawin. Sampai sahaja di sana, aku melihat bertapa gahnya pelamin dia. Bertingkat tingkat dan tinggi sekali pelaminnya seolah olah dia mahu semua yang hadir dapat melihat pengantin dengan jelas. Walau apa pun niat dia, memang tidak akan aku nampak sebab aku rabun. Setinggi mana pun atau sebesar mana pun pelamin dia, aku harus squint kan mata aku jikalau aku mahu nampak dalam jarak jauh. Tidak ada contact lens atau spectacle. Memang aku macam itu. Aku tidak suka memakai semua itu. Pada aku, ianya leceh. Walaupun aku drive, memang aku tidak memakai specs.

Melihat adik saudaraku begitu gembira, terdetik di hati aku ingin merasai apa yang dia rasa apabila perempuan yang dia cinta dapat dia memiliki secara sah. Kadang kadang aku melayan jugak perasaan aku. Dalam hati aku cuma wonder jikalau cinta sejenis diizinkan agama, mungkin sudah lama aku berkhawin. Tetapi, itu hanya hayalan. Sememangnya cinta sejenis tidak di izikan dan janganlah aku terus berhayal begitu. Kadang kadang aku sedih dengan keadaan diri. Belum lagi hati ini terbuka. Entah bila aku pun tak tahu. Teringin sekali aku rasakan bagaimana rasanya berpimpingan tangan dengan cinta buah hati berjalan menuju ke pelamin. Teringin sekali aku rasakan. Kadang kala aku berhayal sendirian. Tetapi, aku gembira sekarang. Biarlah keadaan yang menentukan. Yang penting aku tahu siapa diri aku dan aku selesa dan gembira.

Kalau ada pun perasaan sedih, aku rasa itu lumrah manusia. Kita selalu diadili walaupun diri kita tidak dikenali. Cara kita berpakaian, bercakap, berjalan dan segala galanya yang kita lakukan, semuanya diadili oleh golongan manusia yang tidak pernah kita kenal. Inilah dunia. Senang sahaja manusia mengadili dan menghukum tanpa perbicaraan. Kalau perempuan yang merokok, itu perempuan liar dan kalau perempuan bertudung, itu perempuan baik. Siapa diri kita yang sebenar tiada siapa pun yang peduli. Luaran sahaja yang menjadi yardstick atau pengukur untuk kita digolongkan dalam category apa. Sedih kan?

Kadang kala aku rasa penat sekali. Penat untuk mencuba. Lebih baik berdiam daripada berkata apa apa. Mendiamkan diri adalah defence mechanism yang sangat mujarab walau apa pun situasinya. Ingin sekali aku menjerit sekut hati pada dunia yang aku bukan apa yang disangkakan. Tak apalah Diary....biarkan sahaja. Yang penting aku jaga sahaja hal sendiri.

Malam ini, adik saudaraku dengan parents nya datang ke rumah aku untuk meminta tolong ayah dan ibuku mewakilinya untuk merisik buah hatinya. Satu persatu adik saudaraku akan berkhawin. Lagi sekali aku hanya dapat menumpang gembira. Aduhai Diary....kenapa malam ini aku rasakan tulisan Melayu aku tak sedap langsung bila dibaca? Macam mana mahu aku jadi seperti Andrea Hirata kalau tulisan Melayu aku bunyi macam radio rosak sahaja?

Oh geez...I really think that I should brush up on my Malay. It is a shame if I cannot write a simple well written Malay essay. Alahai...biarkan sahaja lah. Aku mahu cuba dan terus mencuba seperti apa Broken Angel cakap. Jangan berhenti dari mencuba walaupun banyak obstacles. Yaa...aku gembira melihat saudaraku gembira tetapi pada masa yang sama aku pun sedih dengan diriku. Perempuan yang boleh dipanggil cinta hatiku, Nur Kasihku...bila boleh aku sarungkan cincin di jarinya dan memilikinya secara official. Oh sudah tentu tidak boleh...lagi sekali aku berhayal...keep on dreaming FaikaNur.

Oh Diary....aku rasa masa untuk tidur sudah sampai. Mari bermimpi dan selamat malam.

2 comments:

  1. Sungguh cantik nukilan; jelas tersusun alirannya...yang pasti kenyataan bermula hanya dengan khayalan atau angan-angan atau impian.

    JC

    ReplyDelete
  2. cantik? jelas? well at least you gring back the confidence in me to write in Malay...thank you JC!!

    ReplyDelete