Hello Diary,
Selamat bertemu lagi kita. Aku
sedang menonton TV di ruang tamu. Entah apa yang aku tonton kerana mataku tidak
langsung lekat di TV sebaliknya mata aku lekat di screen laptop menonton
youtube tentang Action Camera Polaroid model XS100. Ya aku sedang memikirkan
mahu atau tidak mahu beli. Aku sudah mempunyai camera SLR Samsung NX1000 tetapi
aku masih mahu memiliki camera action yang sememangnya tahan lasak untuk
digunakan untuk activity lasak aku seperti memanjat gunung, white water
rafting, waterfall abseilling, ATV Ride, roller blading dan yang sewaktu
dengannya.
Mula mula aku ingin sekali
membeli Polaroid XS9 tetapi lama lama setelah membaca reviews dan menonton
youtube mengenai model camera itu, aku rasa lebih baik aku membeli model yang
lagi satu iaitu XS100. Ianya lebih baik dan sedikit atas dari XS9. Aku suka
semua reviews dan reviews yang diberi oleh pengguna rata rata semuanya
positive. Bukan tidak ada flaws model itu, tetapi reviews nya lebih banyak
positive dari negative.
Aku juga akan membeli action helmet di Vietnam nanti. Wah...banyak betul barang yang akan aku beli nanti. Tidak apalah Diary, memang aku patut pun kerana aku tahu sudah sekian lama aku tidak memanjakan diri ini. Kalau tidak sekarang bila lagi kan? Lagipun I deserve it. Jauh sudah perjalanan aku dari Singapura ke Kuala Lumpur dan kini pulang kembali ke Singapura. Dari seorang yang berwang ke seorang yang tidak berwang dan kini kembali berwang. Walaupun tidak kaya tetapi cukup untuk memanjakan diri dan menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. Alhamdulillah syukur aku kepadamu Tuhan.
Masih teringat lagi waktu semasa aku baru pulang ke pangkuan keluarga. Begitu kecil dan kerdil diri ini aku rasa. Di waktu itu, Beautifulwithbrain selalu sangat menemani aku hinggakan semuanya aku bercerita kepadanya. Manis sungguh pengalaman itu, seolah olah she was my other half. Ketawa menangis semuanya sekali. Orang pergi dan orang datang, biasa biasa saja semuanya. Sudah ditulis dan tidak perlu lagi menyoal dan bertanya kenapa mengapa dan bagaimana. Yang pergi biarkan saja dia pergi, yang hilang tidak usah dicari kerana manusia tidak boleh ditukar ganti. Jangan disimpan lagi apa apa pun perasaan yang ada. Langkah harus diteruskan, perjalanan mesti sampai ke destinasinya. Macam mana pun caranya jua.

Sudah cukup ya Diary, mari berecrita pasal camera itu lagi. Harganya lebih mahal sedikit dari
XS9 tetapi apa salahnya jikalau quality video dan audio yang akan aku dapat
setanding dengan GoPro camera malah lebih baik dari GoPro. Aku hanya rasakan
yang camera GoPro sangat sangat overrated. Sana sini ramai sahaja yang bercakap
tentang GoPro tetapi kalau dibandingkan dan membuat research dan homework
sendiri, XS100 Polaroid mendapat lebih banyak pujian dari quality videonya. Aku
yakin dengan Polaroid XS100. Mungkin besok atau bila bila sebelum aku memanjat
Gunung Datuk akan aku beli camera itu. Aku rasa inilah yang membuat kan aku
sibuk atau membuat aku beralihkan attention aku. FaikaNur and her gadgets. Itu sudah
cukup membuat aku relax.
Aku boleh juga membuat
videography tentang activity activity aku nanti. Mungkin juga aku akan
merakamkan video aku ke vietnam nanti. Video itu akan menjadi kenangan untuk
aku dan famili aku. Itu pun jikalau aku mempunyai keturunan di masa hadapan.
Sedih sedikit bila bercakap mengenai ini kerana aku tahu siapa diri ini. Wahai
Tuhan, aku masih begini lagi. Tidak ada rasa yang aku akan berubah kerana aku
tidak mampu membohongi nafsu dan naluri dalaman aku. Sesungguhnya, kaum hawa
adalah kelemahan aku. Walaupun aku tidak mempunyai seseorang yang mencitai aku
sekarang aku tahu untuk siapakah hati aku ini. Sudah sekian lama tapi masih
tetap untuk dia. Cukuplah sekadar hanya aku sahaja yang tahu. Cukuplah hanya
aku sahaja yang menyayangi dia walaupun dalam diam, walaupun dari jauh dan
walaupun dia mungkin tidak menyanyangi aku sepertimana aku menyayangi dia.
Aku tidur dulu Diary. Selamat
malam.
No comments:
Post a Comment