I Am Sensitive

I Am Sensitive

Wednesday, February 12, 2014

Bercerita Dari Hati



Hello Diary,

Sekarang ini aku sedang berada di rumah, di depan TV aku bertemankan laptop dan ya, kamu juga. Hari ini di office semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Tidak aku tahu mengapa tetapi semenjak hari Monday, semuanya OK OK sahaja. Tidak tahu sampai bila tapi bila aku cakap OK, maksud aku, aku mempunyai sales pada hari hari lepas. Ingat lagi pada Biya? Aku ada ceritakan pada engkau. Aku sudah jarang ber’whatsapp’ dengan dia sebab aku sudah malas. Ya aku malas sebab asyik asyik aku sahaja yang mulakan semuanya dan kini aku menjadi bosan. Tidak ada unsur unsur cinta, tetapi aku ingin berkawan dan dia pun sama tetapi asyik aku sahaja yang mulakan perbualan itu dan ini dan dia akan mengambil masa yang lama untuk membalas message message aku. Katanya busy, pada aku itu hanya satu alasan. 

Sama sahaja dengan Gummy Bear. Begitu lambat sekali mahu membalas message aku dan bila ditanya dia kata dia sibuk kerana sudah ada Girlfriend. Wah…begitu senang sekali memberikan aku jawapan sebegitu. Dalam hati aku hanya berkata jangan sampai satu hari bila tidak ditemani Girlfriend lagi baru mahu mencari kawan kawan lama. Bukan aku mendoakan tetapi I cannot help to think like that. Sombong, mungkin juga kerana sudah berteman dan message kawan kawan tidak diendahkan lagi. Aku marah ke? Tidak tapi aku kecewa sebab dia adalah salah satu dari kawan yang pernah aku rapat masa aku duduk di KL. Terkilan aku. Dia bertanyakan khabar berita aku semalam. Aku diam seribu bahasa. Dalam hati aku, padan muka engkau. Hahaha….jahat tak aku Diary? ehehehehe….

Apa apa pun Flying Babe tetap menjadi pujaan hati aku. Dia lagi berhak memberitahu aku yang dia sibuk sesibuknya sebab memang dalam waktu kerja dia tidak boleh menggunakan handphone kerana memang tidak boleh. Kerja dia untuk melayan passengers di dalam kapal terbang dan semua orang tahu bagaimana job scope dia. Kalau ada cabin crew yang mengatakan dia boleh membalas message whatsapp bila bekerja di angkasa, memang sah dia itu bodoh. Hingga ke hari ini, bila sahaja aku message Flying Babe, walaupun lama untuk dia membalas, dia tidak pernah gagal untuk  membalas message message aku. Setibanya di airport, mesti dia akan membalas. Yes, I respect her for that. 

Sedangkan orng yang bekerja di angkasa boleh sahaja adakan masa dan waktu untuk membalas message daripada kawan kawan, inikan pula orang yang bekerja di darat. Sungguh tidak masuk akal jikalau memberi aku alasan bahawa engkau sibuk wahai kawan. Umur aku bukan setahun jagung dan I was not born yesterday you stupid fools. Satu perkara yang aku tidak berkenan Diary ialah apabila sudah berteman, begitu mudah dan senang melupakan kawan atau orang orang yang mengambil sikap endah tak endah terhadap message kawan kawan.  Janganlah begitu wahai manusia. Sememangnya kita saling memerlukan kerana kita semua manusia. Mungkin bukan hari ini, tetapi mungkin esok lusa. 

Jikalau ikhlas, buktikan dengan kelakuanmu bukan hanya dari kata kata manis hanya ingin mengambil hati aku tetapi langsung tidak berusaha to walk the talk. Begitu sedih diperlakukan begitu lagi lagi daripada seseorang yang pernah menyentuh hati ini. Siapa lagi yang buat aku macam itu. Boleh sahaja aku sebut nama nama mereka. Beautifulwithbrain dan Kamen. Ya mungkin mereka ada alasan sendiri dan siapalah aku kerana aku hanya kawan sementara. Bukan kekasih atau bukan seseorang yang mereka perlukan. Aku hanya seorang kawan yang bila mereka perlukan aku baru lah mereka cari. Ya mungkin itulah sebabnya. 

Sungguh bodoh rasanya diri ini bila teringat kembali zaman berchatting dengan mereka. Aku menunggu tidak pernah jemu. Kalau di Yahoo Messenger ternampak sahaja mereka online, hati ini bagaikan melonjak lonjak gembira seperti budak kecil yang mendapat mainan baru atau gula gula. Best sekali berchatting bersama mereka sebab mereka membuatkan aku bahagia. Bila bercerita, apa sahaja boleh dijadikan topic perbualan. Aku tidak pernah lupa saat saat itu. Bila sudah selesa dan berasa suka ada kawan seperti itu, tiba tiba mereka diamkan diri. Aku tertunggu tunggu tetapi mereka terus senyap. Lama lama aku jadi bosan. 

Mungkin aku juga kecewa. Sakit hati. Penat aku Diary. Penat sekali aku. Bila bosan hati aku menjadi kaku dan dari situ aku bersifat kurang ajar kepada mereka apabila mereka cuba ‘menghidupkan’ suasana lama. Takpalah Diary, ini dia adat berkawan. Kawan pergi dan kawan datang. Sama sahaja dengan aku. Aku datang dan aku pergi dari hidup orang orang yang pernah aku kenal. Jikalau aku tidak hadir sebagai kekasih aku akan hadir sebagai kawan. You make a better friend than a girlfriend. Itulah kata kata kawan aku pada aku. Mungkin apabila aku sayang pada seseorang, aku menaruh harapan yang begitu tinggi kepada mereka dan jikalau mereka tidak boleh memenuhi harapan aku, aku sendiri yang terasa kecewa atau hampa. 

Aku rasa cukuplah sahaja ya Diary. Aku tidak mahu lagi merasa apa apa. Aku pun bukan malaikat. Mungkin aku juga ada silap dan salah ya kawan. Aku juga ada kelemahan kawan. Kesabaran aku bukan sebesar dunia kawan. Aku tidak marah, tapi aku kecewa dengan semua result persahabatan kita.

No comments:

Post a Comment