I Am Sensitive

I Am Sensitive

Monday, December 22, 2014

Cerita Pasal Kereta Aku

Hello Diary,

Aku menghabiskan masa hujung minggu di kampung. Makcik saudaraku pun ikut juga tetapi mereka crash di hotel berdekatan rumahku. Kami sekeluarga bertolak pada malam Jumaat pukul 830 malam dan sampai di kampung pada pukul 130 pagi. Kita pergi dua kereta sekali. Abang aku pun ikut juga dan aku membuat keputusan untuk membawa keretaku ke kampung. Aku penat mahu pergi ke JB hampir 2 minggu sekali hanya kerana aku harus melihat keadaan kereta dan menghidupkan engine nya. 

Bukan aku langsung tidak mahu park kereta aku di JB cuma buat masa sekarang aku tidak boleh sebab aku harus berkerja menambahkan lagi wang yang sedia ada. Aku kan mahu ke Middle East bulan March 2015. Ticket sudah dibeli, hotel pun sudah aku book. Kalau aku mahu cancel trip ini memang akan aku gigit jari jari aku. Sekarang ini aku sudah tidak ada full time permanent job lagi. Sekarang ini aku cuma berkerja sambilan di beberapa tempat. Gaji aku memang tidak seberapa tetapi cukuplah untuk membayar apa apa yang patut. Duit mak ayah tetap aku cuba walaupun keadaan aku ini tidak seperti dulu. Itu memang sudah aku janji pada diriku sendiri. Walau apa pun keadaan aku, duit mak bapak akan aku cuba sedaya upaya untuk memberi.

Sudah sekian lama tidak merasa kereta aku. Sungguh syiok sekali bila drive kereta sendiri. Rindu aku padanya. Aku rasa sudah 3 minggu aku tidak start kereta aku. Alhamdulillah masih ok lagi, tiada masalah apabila aku mahi menghidupkan engine hari itu. Itu yang aku suka tentang engine kereta aku. Sampai masa ini tidak ada masalah. Yang ada cuma sedikit sahaja. Hari itu pernah dia rosak masa aku tengah jalan. Masa itu aku berada di Muar mahu berjumpa dengan kawan rapat aku. Kebetulan mahu berjumpa dengannya pun sebab aircond kereta aku. Rupa rupanya, bukan aircond yang menjadi masalah, kipas engine aku yang penyebabnya. Habis melimpah coolant aku dari engine masa tengah drive. Kebetulan kawan aku memang berada disitu dan dialah saksi kepada keadaan aku masa itu. Kereta aku berhentikan di tepi officenya berhampiran police station.

Alhamdulillah masa perjalanan aku dari Tangkak ke Muar, tiada sebarang masalah dari kerata aku. Bila aku sudah sampai dan selamat barulah dia buat hal. Syukur jugak aku pada Tuhan kerana melundungi diri aku dari sebarang musibah ketika seorang diri. Kawan aku menolong aku dengan memanggil mechanic di tempat kereta aku dan ditukarnya spare parts yang patut ditukar. Aku habis dalam rm500 masa itu. Bersyukur juga aku yang aku ada juga savings di RM. Dalam keadaan macam itu, memang cash perlu ada di tangan dan aku sangat syukur yang aku tidak lalai untuk mengumpul sedikit demi sedikit tiap tiap bulan. Memang betul lah apa orang cakap, it's not how much you earn, it is how much you save that matters. 

Sekarang ini, bila kereta aku berada di Tangkak, senang lah sikit untuk aku focus pada kerja. Kerja yang baru ini hanya kerja sementara sehingga 28th Feb. 1 March 2015, bermulalah perjalanan aku ke Middle East. Nanti Aku cerita dengan engkau ok. Jaga diri Diary.


No comments:

Post a Comment