Hello Diary,
Sudah makan? Aku baru sahaja makan. Hari ini mak
masak kari daging dan ikan goreng. Aku tidak berkerja, maksud aku, aku sudah
tidak berkerja lagi. Aku sudah berhenti kerana aku bosan. Aku bosan melayan
kerenah customers di bank yang aku kerja. Hari-hari aku datang kerja dengan
hati yang berat sekali. Setiap kali aku menjejakkan kaki di office, mood aku
berubah menjadi takut dan aku tertanya tanya apakah lagi yang harus aku lalui
hari ini. Kerja aku cukup untuk memberi stress kepada aku. Jikalau di Malaysia,
orang akan cakap, kerja aku memberi aku stress tahap cipan. Ya, begitu lah
sekali yang aku rasa. Jadi aku pun berhenti dari kerja dengan memberi notis 24
jam. Aku membayar mereka kerana tidak memberi secukup notice untuk berhenti.
Sepatutnya aku memberi 1 bulan notice tetapi cukup sudah aku bersabar.
Ya Tuhan, maafkan aku kerana tidak bersyukur
dengan rezeki yang engkau berikan. Bukan aku tidak bersyukur, aku hanya tidak
suka berkerja dibebani stress yang pada aku unnecessary. Jadi jalan yang
terbaik adalah berhenti walaupun aku tahu aku perlukan pekerjaan itu. Ya, aku
perlu berkerja kerana aku akan berbackpacking ke middle east di bulan march
2015. Dan aku juga baru sahaja selesai membayar deposit rumah kelmarin. Duit savings kalau boleh tidak mahu aku usik. Sekarang ini, aku hanya bergantung kepada gaji bulanan dan bila tiada lagi kerja, terpaksalah aku bergantung pula pada savings yang ada. Aduuss....stress juga kalau difikirkan. Tapi ini lebih baik dari stress di kerja.
Kamu ingat pada Tiger? Dia kononnya mahu berjumpa dengan aku di JB kerana dia berada di sana semalam. Tetapi dikatanya pula tidak boleh. Aku memang agak berat untuk berjumpa tetapi sudah terlanjur aku ada rancangan mahu ke JB jadi aku pun boleh sahaja berjumpa dengannya. Dia bertanya kalau aku tidak perlu ke kerja, aku bilang saja aku sudah berhenti dengan 24 hours notice. Dia beranggapan aku banyak duit sekali dan boleh lah belanja dia. Aku tahu dia cuma bergurau tetapi itulah yang akan terjadi jikalau aku berjumpa dengannya. Bukan aku tak pernah kenal siapa Tiger sebenarnya. Disuruhnya aku belikan dia baju dan juga bag kecil yang boleh di isi telekung untuk dia sembahyang dan harganya ialah rm300. Ya, memang itu semua secara gurau tetapi terus terang aku katakan, aku tidak suka wanita yang suka mengendeng seperti itu walaupun dalam bentuk gurauan. Aku menyampah dan itu membuat aku turn off. Mahu suruh aku belanja bag yang harganya rm300. Apa dia sudah gila walaupun itu semua hanya satu permintaan gurauan dan mainan, tetapi I wonder if she would have taken the offer if I had given her the money?
Mana mana wanita yang suka berbuat begitu aku akan cuba menjauhkan diri darinya. Pada aku wanita seperti itu hanya boleh disimpan sebagai throphy sahaja. Apa dia ingat? Duit aku yang ada hanya untuk dibelanjakan sewenang wenangnya? Aku lebih rela menghabiskan duit aku untuk orang tuaku dari mereka. Ya, memang aku bukanlah seorang millionaire, aku bukanlah seorang saudagar emas dan aku tidak punyai wang berjuta juta di dalam bank. Tetapi aku juga seorang perempuan dan aku tidak pun meminta minta atau mengendeng ngendeng mahu dibelikan itu dan ini. Seram sahaja aku dengan perempuan macam itu. Aku bilang sama Tiger yang aku lebih rela mendermakan duit aku kepada orang yang memerlukan. Kami sama sama ketawa dan dia memanggil aku orang tua kutuk dan taik hidung masin.
hahaha...dia lupa yang dia juga setaraf dengan perempuan gold digger kalau mahu memanggil aku begitu. Tidak tahu malu sedangkan aku dengan dia bukan ada apa apa hubungan. Oh...tolonglah, jangan buat aku jijik pada kamu. hehehe...kalau mahu dilayan begitu pergilah cari girlfriend baru yang boleh melayan engkau begitu. Aku malas dan aku tidak kuasa. She ain't worth it. Poraaahhh.... Wah....lantang sungguh aku berbicara. Ya, sebab dia juga lantang padaku jadi apa guna aku jadi soft spoken pada wanita macam itu. Dia kata orang kedekut macam aku memang tidak akan ada cinta dalam hidup aku. Aduss, aku lebih rela tidak ada cinta dari cinta yang ada dengan orang macam dia. Sungguh menakutkan dan amat menyiksakan jikalau ada perempuan seperti itu sebagai girlfriend. Sudahlah semuanya mahu ditanggung. Cehh...macam bagus dan macam jambu aje. Muka kerepot macam zaiton sameon. Mahu perasan yang aku akan belanja dia itu dan ini. Porraahhh....
Aku juga susah mahu memahami dia sebab dia sudah broke up dengan girlfriendnya tetapi masih berhubungan dan rupanya semalam urusan dia ke JB adalah bersama bekas girlfriendnya untuk menghantar maknya ke hospital untuk medical check up. Alasan tidak boleh berjumpa ialah dia disuruh pulang ke KL earlier. Aku tidak tahu siapa yang suruh. Aku tidak tanya. Aku biarkan sahaja. Yang aku cakap hanyalah, bagus juga kalau tak jumpa jadi selamat duit i...hehehehe. Lalu Tiger membalasnya dengan mengatakan yang ayat aku itu poyo. Aku hanya ketawa. Kalau sudah break up, bukan kah engkau sendiri boleh membuat keputusan untuk pulang ke KL pada waktu yang engkau sendiri mahu. Kenapa harus bergantung juga pada orang. Dia bilang sama aku yang dia drive sendiri, tidak berteman. Heh!!
Bukan urusan aku tetapi kalau masih mahu bergantung pada bekas kekasih untuk membuat keputusan, lain kali jangan mengadu sama aku jikalau jiwa resah atau sedih atau rasa lonely. Ya aku kasihan samanya. Kini dia tinggal sendirian selepas putus cinta dan selalu juga dia bercerita sama aku. Cukup sudah aku memberikan dia moral support sebab aku tahu apa perasaannya kalau berada di dalam kasutnya tapi janganlah sampai berkata aku begitu walaupun dalam gurauan. Aku kan sensitif orangnya. Mangkuk betul engkau wahai perempuan! hahahaha...Tadi dia wassap pada aku memberitahu dia kini dimana, dalam perjalanan pulang ke KL. Rupanya dia berlepas dari JB hanya selepas maghrib. Aku diam sahaja tidak membalas wassapnya. Tidak penting bagi aku. Yang penting aku tidak seperti dia. hehehe....Hanya engkau teman setia aku Diary. Aku cukup sayang dengan engkau. Memang aku belum ada NurKasih di dalam hati, tetapi percayalah, engkau teman yang aku senang bercerita sekarang.
Jaga diri ya Diary. Sememangnya satu hari nanti kalau aku bertemu dengan NurKasih ku, akan aku pastikan dia tidak berperangai seperti Tiger Busuk itu. Muahahaha....Sayang sekali sama kau Diary.
No comments:
Post a Comment