Hello Diary,
Diharapkan engkau sihat dan baik
baik sahaja di sana. Aku di sini seperti biasa mengharungi liku liku hidup yang
penuh dengan onak dan duri tetapi aku masih tetap berdiri teguh di mana sahaja
aku berada. Umur aku kini sudah menjaugkau 38 tahun. Ucapan Happy Birthday
dikirimkan oleh dia seperti biasa. Tetapi tahun ini agak lewat sedikit, tidak
seperti tahun tahun yang lalu di mana dia tidak pernah gagal mengucapkan tepat
atau beberapa minit selepas pukul 12 malam.
Aku kagum dengan kesungguhan dia.
Sungguh aku tertanya tanya ada apa dengan aku wahai saudari sehingga engkau
tidak pernah gagal membuatku tersenyum di hari lahirku dengan hanya ucapan yang
ringkas sahaja. Ya, memang benar aku selalu menunggu dengan hati yang besar
segala apa jenis message dari dia. Hati terlonjak lonjak dengan penuh
excitement apabila mendapat message darinya. Aku malu pada diriku kerana tidak
mengingati hari jadinya tetapi sekarang aku sudah ingat dan aku berjanji bahawa
aku akan melakukan yang sama pada dia.
Kadang kala, mahu sahaja aku
memberitahunya bahawa aku sudah bertemu NurKasihku. Tetapi aku takut. Aku takut
dengan keadaan. Aku takut akan jawapan yang akan diberi kerana hati aku kini
sudah pulih dan aku tidak mahu lagi menyakiti hati aku. Kalau sakit lagi, agak
susah untuk aku mahu mengubatinya. Cukuplah sudah masa masa yang lalu. Aku seperti
orang yang tiada jasad. Hidup hanya kerana aku terpaksa. Aku bernafas tetapi
aku bagaikan di dunia fantasi, seperti aku tidak wujud di dunia. Kehilangan dia
begitu amat terasa. Setiap hari aku menyalahkan diri sendiri. Cukup benci aku
dengan diriku waktu itu. Jikalau engkau tahu apa di dalam hati aku wahai
saudari, engkau pasti percaya yang cinta aku memeng tulus untuk engkau.
Ingin sahaja aku luahkan tetapi
mulutku terkunci, jari jemariku terkaku dan otakku terbeku tidak boleh
memikirkan apa apa lagi kecuali rasa yang
amat takut bahawa mungkin aku sendiri sahaja yang mempunyai perasaan
terhadapnya. Lebih baik aku menyayanginya dari jauh. Wahai saudari, tahukah
engkau bahawa perasaan kasih sayang aku terhadap engkau tidak pernah berubah
atau berkurangan walaupun sudah tidak ketemu dengan engkau sekian lama. Sayang sekali
aku dengan engkau kerana aku masih membawa gambarmu di dalam wallet aku. Tidak pernah
aku keluarkan gambarmu kecuali jikalau aku ingin menatapmu. Kalau hati aku
boleh berbicara dengan sendirinya, sudah tentu dia mengatakan aku gila.
Engkaulah Nurkasih. Engkaulah wanita
yang aku ingin jadikan sebagai sumber inspirasiku. Engkaulah wanita yang aku
mahu menghabiskan masa tuaku bersama sama. Aku mahu mencintaimu dan
menyayangimu dan aku juga mahu menjagamu di waktu engkau sakit, aku mahu
membuat engkau tersenyum di waktu engkau sedih dan aku juga mahu menjadi wanita
yang engkau yakin engkau boleh mengharapkan aku di saat saat engkau memerlukan
seorang teman. Aku mahu jadi orang itu untuk engkau. Aku masih sayang dengan
engkau tetapi aku takut untuk meluahkan.
Kadang kala kita berfikir yang
kita boleh hidup berseorangan tetapi kita perlukan seseorang untuk bercerita. Betul
kan? Kita perlukan teman untuk berbicara cerita cerita harian di tempat kerja,
di rumah dan di mana mana sahaja. Kadang kala, tidak perlu kata apa apa pun,
tetapi kita tahu apa ada dalam hati masing masing. Chemistry. Itu yang membuat
two becomes 1, betul tak? Apa apa pun permintaan oleh dia, walau susah macam
mana sekalipun, kita akan cuba untuk lakukan. Itu namanya cinta bukan? Kenapa aku
masih memikirkan dia walau sudah bertahun kami berpisah? Kerana aku tidak
pernah membiarkan cinta aku padanya padam di dalam hatiku. Sampai bila? Biarlah
Diary…biarkan saja.
Diary…aku penat. Aku ngantuk.
No comments:
Post a Comment