Hello Diary,
Hari ini hari Ibu. Aku tidak mempunyai apa apa pun untuk ibuku tetapi aku tahu dia tahu apa dalam hati ku. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibuku. Aku sungguh sungguh berharap bahawa dia akan hidup lagi lama supaya aku boleh berjasa dengannya. Kadang kala ada juga selisih faham dengannya tetapi di satu sudut dalam hatiku seboleh bolehnya aku mahu sahaja rewind hidupku supaya keselisihan faham itu tidak wujud.
Aku bukanlah seorang anak yang baik Diary. Tetapi aku tahu aku mencuba untuk jadi yang terbaik dan tidak mahu menitiskan air matanya. Hingga sekarang dia tidak tahu siapa aku sebenar benarnya. Ini adalah satu satunya perkara yang aku mesti sembunyikan darinya. Pasti kecewa hatinya jikalau dia tahu. Jikalau aku boleh melakukan miracle, sudah tentu aku akan mengubah jiwa naluri aku untuk menjadi seorang yang normal.
Maafkanlah anakmu ini wahai ibu kerana tidak mampu memberikan menantu dan cucu padamu. Sangat susah untuk menipu diri dan berpura pura untuk mencintaai. Kalaulah engkau boleh merasa apa yang aku rasa Diary, engkau pasti faham dengan keadaan diri aku. Aku tidak pernah berbangga dengan pilihan hati aku tetapi siapa aku untuk menidakkannya? Aku manusia. Aku punyai nafsu dan kelemahan. Aku tidak sekuat mana yang engkau sangkakan. Aku tidak mohon untuk orang sekeliling menerima siapa aku sebenarnya tetapi aku cuma mahu difahami.
Aku tahu saudara mara mesti bercakap ataupun bertanya tentang diri aku tetapi apakan daya aku tidak mampu mengawal apa orang hendak berfikiran mengenai diriku. Cukuplah sahaja untuk aku tidak melayan kerenah mereka kerana mulut manusia memang tidak boleh aku kawal. Biarkan sahaja si luncai terjun dengan labu labunya. Janganlah aku turut terjun kerana itu hanya merugikan aku.
Memang hati aku mungkin sudah tutup untuk menerima cinta dari seorang lelaki. Bukan aku sombong tetapi aku tidak mampu membalas cinta seorang yang bergelar lelaki. Hati aku sudah aku tetapkan untuk dia, perempuan yang tidak pernah aku jemu menyayangi tetapi aku juga tidak pasti jikalau dia sudi menerima aku kembali. Susah untuk aku menceritakan. Kadang kala ingin sahaja aku bertanya kepada dia supaya teka teki ini akhirnya terjawab tetapi aku juga sebenarnya takut. Takut untuk menerima jawapan yang bukan aku harapkan. Jadi biarkan sahaja teka teki itu tidak terjawab.
Aku tidur dulu Diary. Esok aku mahu kerja; sesuatu yang menakutkan untukku. Selamat malam dan selamat hari ibu.
No comments:
Post a Comment