Hello Diary,
Aku selalu baca ini...satu pengajaran. Bila engkau baca aku harap engkau boleh mengambil tips tips dari sini untuk lebih pandai mengendalikan wang dan liabilities engkau. Kadang kala, kita harus ketepikan kemahuan untuk hidup di comfort zone. Jangan biar assets kita menjadi liabilities kita. Jangan jadi hamba pada hutang dan duit. Selamat membaca Diary.
'RM6,500,
ITULAH HARGA KEBODOHAN AWAK'
Tersebut
kisah daripada memori tentang seorang Engineer muda, Mr Vios yang baru masuk
kerja di sebuah syarikat minyak dan gas terkenal di dalam negara.
Dengan
sijil yang dimiliki oleh Mr Vios, tambahan dengan gred yang hebat, mana mungkin
syarikat berkenaan menolak permohonan beliau. Jadi bekerjalah Mr Vios sebagai
seorang engineer muda setahun jagung dengan gaji yang beliau rasa lumayan,
iaitu RM3000 sebulan.
Dengan
gaji sebegitu, Mr Vios sudah merasakan kenikmatan hidup. Memanglah, dulu dapat
duit pinjaman sponsor pun baru RM700 sebulan.
Sekarang sudah dapat hampir 4
kali ganda. Jadi Mr Vios merasakan dirinya berada dalam status kehidupan yang
sudah agak mewah. Sudahlah seorang engineer, berduit pula.
Sesudah
mendapat gaji pertama, Mr Vios merasakan kekosongan yang amat sangat. Duitnya
hanya terusik sedikit sahaja. Difikirkan bagaimana mahu menggunakan pengetahuan
engineering optimisation terhadap gajinya yang terbiar tidak digunakan.
Balik
kampung berhari raya, beliau disindir sanak saudara. Tidak kurang juga yang
memaksa. Bila mahu pakai kereta (besar)?
Tekad
menggunung. Balik daripada kampung terus mencari kereta yang sesuai.
Gajinya
RM 3000. Kereta apa yang beliau layak? Lantas ditanya kepada pegawai bank.
Beliau layak meminjam maksimum 2/3 daripada gaji bersih sebulan untuk
installment. Lebih kurang RM 2000.
Dengan
berbekal pengetahuan kewangan sedia ada, Mr Vios agak-agak selamat untuk
menurunkan bayaran bulan sebanyak RM1500. Barulah berjimat cermat.
Jadi
proses shopping kereta pun bermula……
Dengan
RM1500 sebulan, kadar HP 3% dan tenure 9 tahun, beliau dapat memiliki sebuah
Honda Civic yang cun melecun. Sesuailah dengan status beliau sebagai orang
berkarier, engineer pula tu.
Jadi
dengan bangganya Mr Vios membawa dan memperkenalkan Honda Civic yang cun
melecun kepada sanak saudara dan rakan sekerjanya. Bangga sungguh dia.
Kawan-kawan pun memuji. Barulah setaraf.
Rupanya
rakan-rakan sekerja Mr Vios pun tidak kurang juga. Masing-masing berkereta
hebat-hebat.
Dalam
banyak-banyak rakan sekerja, Mr Estima merupakan technician yang report direct
kepada Mr Vios. Mr Estima telah bekerja lama dengan syarikat tersebut, namun
disebabkan hanya mempunyai sijil dan diploma, beliau kekal sebagai technician.
Gaji pokok beliau sudah tentu tidak dapat menyaingi bos mudanya, Mr Vios.
Mr
Vios berkata dalam hati, Mr Estima pasti tidak mampu memakai kereta hebat
seperti beliau. Berapa saja gajinya, bisik hati kecil Mr Vios.
Sangkaan
Mr Vios meleset apabila suatu hari beliau melihat Mr Estima menaiki Toyota
Vellfire ke tempat kerja. Terkejut beruk beliau.
Mr
Vios menyapa Mr Estima selepas beliau selesai meletakkan keretanya.
Mr
Vios: Pakcik Estima, besar kereta pakcik. Pakcik punya ker?
Mr
Estima: Aah, dah pakcik bawak, memanglah pakcik punya.
Mr
Vios: Wow, mampu ker pakcik bayar kereta macam ni? Mahal ni. Paling kurang
RM2000 sebulan ni. Gaji pakcik mana cukup.
Mr
Estima: Kau bayar kereta kau berapa sebulan nak?
Mr
Vios: RM1500.
Mr
Estima: Gaji kau berapa nak?
Mr
Vios: RM3000.
Mr
Estima: Kesian. Hamba kereta. Kerja macam nak mati separuh bulan cuma untuk
kereta.
Mr
Vios: Errr….
Mr
Estima: Aku pakai Vellfire tu free jer…orang tolong bayarkan
Mr
Vios: Eyh, macam mana boleh pakai free? Orang bayarkan pulak tu. Biar betul
pakcik pakai Vellfire free?
Mr
Estima : Bukan aku yang bayar so kira free lah.
Mr
Vios : Ok pakcik, ceritalah macam mana pakcik buat.
Mr
Estima: Banyak jer cara boleh buat. Kawan-kawan pakcik buat banyak cara. Tapi
yang ni kira paling simple lah.
Mr
Vios : Simple pun jadilah.
Mr
Estima: Kau kena ubah mindset. Bezakan aset dan liabiliti. Kemudian belajar
hidup jangan sebab nak impress orang. Sebenarnya takde orang kisah pun kau
pakai kereta ape. Last sekali kau jugak yang bayar, bukan member atau sedare
mara kau.
ASET
– Aset adalah sesuatu yang meletakkan wang di dalam poket anda, sama ada anda
bekerja atau tidak.
LIABILITI – Liabiliti adalah sesuatu yang mengambil wang dari poket anda, sama ada anda bekerja atau tidak.
Mr
Vios : Makan dalam ni..Tapi takpe saya terima teguran tu pakcik. Ceritalah
lagi.
Mr
Estima : Sebagai orang muda yang miskin, kau kena fokus tambah aset. Orang
miskin ni takda aset, tapi banyak liabiliti. Kalau kau start kerja dah kumpul
liabiliti, alamat ko jadi hamba duit sampai bila-bila. Aku
muda-muda dulu bukan senang bank nak bagi pinjaman, jadi aku pakai kereta buruk
jer. Asal boleh jalan. Kau pulak bukan kawen lagi, pakailah kereta biasa-biasa.
Kumpul beli kereta second hand.
Kalau
gaji kau 3000, Kau bayar maximum 300 cukup la.
Mr
Vios: Ok-ok. Nasihat diterima. Lagi pakcik?
Mr
Estima: Duit lebih tu kau simpan dan labur la. Kalau kau boleh bayar RM1500
untuk kereta, maknanya kau ada lebih rm1200. Kat sinilah kuncinya. Laburkan
duit tu. Macam pakcik dulu, takde la ada 1200, tapi lebih dapat la beli satu
rumah flat. Bayar 300 jer sebulan. Bila gaji tambah, pakcik tambah satu lagi
rumah flat. Pakcik
sewakan rumah tu, dapat la duit lebihan.
Duit lebihan ni pakcik kumpul untuk
downpayment rumah seterusnya. Lepas
pakcik ada beberapa aset rumah flat, pakcik pun fikir nak tukar kereta. Jadi
bila boring beli rumah flat, pakcik stop kejap, pakcik guna duit lebihan untuk
bayaran kereta bulanan. Jadi pakcik bayar guna duit lebihan tu jerlah. Bila
tukar-tukar kereta acap kali, pakcik rasa rugi pulak jual kereta second hand.
Baik pakcik sewakan. Kancil bayar RM 300 sebulan, harga sewa sehari pun dah RM
80, cukup 5 hari orang sewa dah balik modal.
Kau
pakai Honda kau tiap-tiap hari ker?
Mr
Vios: Time nak pergi kerja jer. Weekend kalau keluar jalan-jalan. Kalau tak
parking dekat rumah jer. Kawan saya dekat KLCC tu naik komuter dan LRT jer. So
hari kerja tak pakai kereta pun.
Mr
Estima : Haa, bijak pun. Setiap bulan ada 8 hari minggu boleh sewakan. Dah
untung dah. Kalau orang nak sewa hari kerja pun ok, kita naik motor atau public
transport lah. Itu cerita kereta kancil nak. Itulah yang pakcik buat sampai ada Vellfire ni.
Mr
Vios : Betul la pakcik. Selama ni saya tak pernah terfikir untuk buat camni.
Mr
Estima : Benda ni untuk orang yang nak buat jer. Yang boleh dahulukan masa
depan dan tolak kepuasan diri sendiri. Yang nak senang cepat, tak dapat nak
tolong. Ada
banyak lagi cerita kawan-kawan pakcik. Ada yang main saham, ada yang buat
projek pecah tanah, ada yang main emas, ada yang main rumah lelong, ada yang
buat sublet, ada yang buat bisnes macam-macam, ada yang pakai syarikat. Yang
penting kita mesti mahu belajar.
Mr Vios: Terima kasih pakcik. Terbuka minda saya.
Financial
Statement (Penyata Kewangan) Pakcik Estima (Kiri) vs Encik Vios (Kanan)
Mr
Vios telah berazam hanya mahu fokus kepada menambah aset. Honda Civicnya mahu
dijual walaupun mungkin rugi. Namun kerugian itu katanya berbaloi.
Begini rasional Mr Vios.
Kereta
yang dijual itu susut nilainya hampir 15% setelah 6 bulan dipakai. 15% daripada
RM 130k ialah RM 19,500. Hutang beliau masih banyak dek kerana bank mengenakan
kadar keuntungan. Jadi hutang beliau tetap 130k (andaian untuk mudah kira).
Memandangkan beliau telah bayar 10% downpayment, bermakna dengan susut nilai
15%, beliau rugi 5% iaitu RM 6500.
Tetapi
RM 6500 boleh dikira kerugian yang kecil kerana jika beliau meneruskan komitmen
RM 1500/sebulan itu, beliau akan rugi lebih banyak.
Mr
Vios pun pergi melawat Mr Estima yang sedang berehat dirumahnya, dengan niat
mendapat nasihat.
Mr
Vios : Pakcik, saya mahu jual kereta saya. Tak mahulah sewa-sewa ni, leceh.
Saya jual terus dan perbaiki cash flow saya. Rugi sedikit sekarang.
Mr
Estima: Berapa kau rugi nak?
Mr
Vios : Lebih kurang RM6,500.
Mr
Estima : Oklah tu. Itulah harga sebuah kebodohan. Kira sebagai bayaran
pembelajaran lah. Tapi Honda kau tu kalau tunggu beberapa tahun sikit mungkin
tak rugi dengan susut nilai sebab resale value Honda tinggi. Tapi yang kau
carik pasal buat loan 9 tahun tu sapa suruh. Dengar lagi orang bank dengan
penjual kereta punya nasihat.Tapi
jugak, kalau kau tunggu lama sampai nak loan dan value kereta kau match, kau
dah rugi banyak masa dan peluang. Bertahun-tahun
jugak tu. Kalau kau rasa RM 6500 tu berbaloi untuk beli masa bertahun-tahun,
you are on the right track.
Mr
Vios : (Kembang bangga dengan pujian sifunya). Jadi saya on lah jual kereta
saya ni. Saya juga dah rancang nak beli aset. Rumah.
Mr
Estima: Bagus dah tu. Kau nak beli rumah untuk apa?
Mr
Vios : Rumah ni untuk duduk, pastu untuk investment sekalilah. Kira sambil
menyelam minum air la ni. Hehehe bijak tak saya?
Mr
Estima: Hehe. Aku dah jumpa ramai dah orang macam ni. Nak pakej 3 in 1, 10 in
1. Nak beli rumah untuk duduk, pastu nak sewalah, pastu nak investlah, pastu
nak cashflow lah, pastu nak capital gain lah. Orang macam ni memang takkan
jumpa rumah sampai bila-bila. Kalau dia beli pun, dia takkan jadi investor yang
berjaya.
Mr
Vios : Uikss, makan dalam lagi ni. Takpe-takpe, sifu punye pasal sebab ajar pun
free ni, say terima. So macam mana ni?
Mr
Estima : Untuk melabur kena ada target. Macam pakcik beli flat untuk sewa dan
dapat cash flow positif, duit lebihan. Kira pakcik ni slow mo punya orang.
Alon-alon bak kata orang Kanada. Ada orang main flipping. Beli, hold 2-3 tahun
dan jual. Untung dekat capital gain. Sekali untung bila market cantik memang
best lah. 5-6 angka tu biasa. Pastu rolling la lagi.
Mr
Vios: Wah, terliur nih. Saya patut main macam mana ni?
Mr
Estima : Cerminlah diri sendiri. You must know your own game.
Mr
Vios : Ok saya set saya mahu main game simple. Saya nak beli satu rumah yang
ada potensi yang sangat baik. Mungkin boleh naik double dalam masa 5 tahun.
Saya kena carik area hot dan lokasi kegemaran flipper dan spekulator. Kemudian saya
jual, dan dapat duit untung. Duit untung tu saya beli tanah dan buat rumah
sendiri. So saya tak perlu berhutang beli rumah sendiri kan? Bijak tak saya?
Hehehehe.
Mr
Estima : Hahahaha.. ini yang nak gelak lagi dengan orang muda ni. Belum apa-apa
dah fikir macam orang pencen. Nak rumah sendiri, tanah luas la apa la. Ini kira
mazhab Settle Down Early.
Mr
Vios : Adeh, kena lagi. Tak best ker idea saya tu? Ok apa invest sekali pastu
dapat rumah sendiri free?
Mr
Estima: Oklah juga tapi tak berapa bijak. Itu kesilapan ramai orang muda. Kau
kira ok lah ada jugak invest dan target rumah sendiri “free’. Ada ramai
kawan-kawan sebaya kau tu tak sabar nak rumah sendiri. Nak settle down katanya.
Baru kerja 2-3 tahun, settle down apa kejadahnya? Ada 30 tahun lagi masa
bekerja (kalau hidup normal, namun ajal dan maut di tangan Allah).
Dah
beli rumah sendiri, pakai joint loan max suami isteri. Downpayment guna
personal loan. Renovate pun pakai personal loan (kalau ada lagi entitlement).
Buat kabinet dapur pakai bayar pakai kad kredit. Beli perabot pakai ansuran
mudah.
Kerja
korporat, gaji beribu-ribu nak pakai smartphone konon, pun pakai ansuran mudah
or pakai kontrak. Itu
sikit jer kes-kes depan mata. Belum lagi aku nak membebel kenduri kahwin dan
wang hantaran pun berhutang..
Mr Vios; Huhu. Rileks pakcik. Nanti kena strok
kang. Betul la cakap pakcik..Insaf saya.
Kebanyakan orang berfikir hanya untuk buat duit.
Mereka tidak sedar bahawa terdapat pelbagai jenis wang yang boleh dijana.
Selama bertahun-tahun, Rich Dad mengajar Mike dan saya bahawa terdapat tiga
jenis pendapatan:
Pendapatan yang diperolehi biasa / Pendapatan Aktif: Secara umumnya diperoleh daripada pekerjaan melalui gaji. Ia adalah pendapatan tertinggi dikenakan cukai , dan dengan itu, yang paling sukar untuk membina kekayaan dengan.
Pendapatan Portfolio: Secara umumnya berasal dari aset kertas seperti saham, bon, dan dana bersama.
Pendapatan pasif: Secara umumnya berasal dari hartanah, royalti, dan pengagihan. Ia adalah pendapatan yang paling rendah dikenakan cukai – , dengan banyak faedah cukai, dan ianya adalah pendapatan yang paling mudah untuk membina kekayaan dengan.
Rich Dad berkata, “Jika anda mahu menjadi kaya, fokus untuk menjana pendapatan pasif. ”
– Robert T Kiyosaki
Mr Estima hampir diserang strok gara-gara terlalu
kecewa dengan sikap golongan muda (dan tua) yang menguruskan kewangan dengan
sambil lewa. Nasibnya baik kerana ditenangkan oleh Mr Vios, seorang pemuda yang
sopan santun tetapi masih mentah dan naif dalam kehidupan.
Mr Estima: Pakcik pun tak tahu kenapa kemahiran
urus wang ini tak diajar di sekolah. Ada banyak teori konspirasi yang pakcik
dengar, tapi entahlah.
Mr Vios : Habis pakcik ni belajar dari mana?
Takkan ilmu ni dapat dari bertapa? Tapi memang betul, menda ni memang tak
diajar dekat sekolah. Tapi dekat sekolah pun siapa nak ajar. Cikgu pun perangai
sama jer. Bukan kata kat semua, tapi banyak kes lah. Harap kalau saudara mara
pakcik ada yang kerja cikgu, saya minta maaf.
Mr Estima: Pakcik belajar dari kawan-kawan.
Sebenarnya dulu dalam hati pakcik, memang teringin nak jadi orang senang.
Pakcik asal kampung, orang miskin. Kerja keras tapi duit cukup makan. Pakcik
terpikir macam manalah nak jadi senang. Disebabkan itu, pakcik berjumpa
orang-orang yang senang dan pakcik belajar dari mereka.
Mr Vios: Bestlah pakcik, jumpa kawan orang
senang. Saya jumpa pakcik jer itupun dah nasib jer kot.
Mr Estima: Hek eleh kau ni. Sebenarnya banyak jer
cara kalau betul-betul nak. Contoh sekarang kan ada tv la, internet la. Banyak
jer boleh belajar. Buku pun banyak. Cuba ko pergi kedai buku, banyak jer buku
pasal merancang kewangan, cara nak buat duit, cara nak bisnes. Tapi orang kita
suka baca buku seram, baca novel cinta, sebenarnya aku isteri dia dan
lain-lain. So tak bolehlah nak salahkan sistem pendidikan jer. Bahan sebenarnya
dah ada banyak.
Mr Vios: Betul la. Saya asyik beli majalah
Maskulin jer. Lepas ni tukar selera pulak. Beli Gila Gila. Hehe..Lawak jer ni
pakcik..heheh..
Mr Estima: Anak saudara aku pun sebaya kau. Tapi
dia pun dah on the right track. Banyak juga aset dia. Emas ada, rumah sewa ada.
Masih pakai motor pergi kerja. Ada kereta bini dia bawak. Viva jer. Dia kata
dia banyak belajar dari fesbuk. Dekat internet.
Mr Vios: Ohh facebook. Rupanya dekat facebook pun
boleh belajar ehh. Saya jarang bukak sebab malas nak layan orang-orang asyik
upload gambar anak dia, kucing dia, dan segala yang dia makan semua masuk dalam
facebook. Takpe lepas ni nak cari geng-geng fikir masa depan ni jer la. Sure
banyak.
Mr Estima: Betul nak. Kadang-kadang ilmu banyak
jer free, tapi kena mencari. Wah rhyme la pulak. Free, tapi kena mencari.
Mr Vios: Aah. Tapi saya nak tanya lagi la pakcik.
Sampai bila kita kena kerja ni? Saya tengok aset-aset ni semua tambah hutang
lagi. Makin tambah hutang, makin tak lena tidur.
Mr Estima: Kau jangan fikir separuh jer. Matlamat
tambah aset adalah untuk buat duit kerja untuk kita. Omputih kata, “Money is
the great slave but a terrible master”. Sebelum ni kita hidup untuk dapat duit,
jadi hamba duit, kita ubah strategi untuk menghambakan duit.
Hutang yang baik adalah salah satunya. Tapi kita
kena ada matlamat untuk bebas kewangan. Contoh macam pakcik, pakcik dah tak
perlu kerja sebenarnya kerana pendapatan pasif pakcik dah cukup untuk tampung
hidup pakcik. Tapi sebab malas nak duduk rumah, pakcik kerja seperti biasa.
Kawan-kawan pakcik mulakan bisnes mereka sendiri.
Jadi untuk kau, pakcik rasa kau kena kira sendiri
berapa income pasif yang kau perlukan. Rasanya dekat KL kau perlukan at least
RM3000 untuk hidup secara asas. Cukup untuk bayar sewa, makan pakai, transport.
Yang ni takde la joli-joli. Kalau kau sabar, kau akan jadi kaya.
Mr Vios: Pengorbanan betul ni kan. Takde ker
pendapatan pasif lain?
Mr Estima: Ada banyak. Kalau kau rasa dengan
property ni lambat, kau boleh cepatkan. Kena faham strategi Multiple Sources of
Income. Ada tiga jenis income iaitu Active Income (Pendapatan Tetap), Side
Income (Pendapatan Tambahan) dan (Passive Income) Pendapatan Pasif.
FINANCIAL FREEDOM FORMULA
Passive Income > Active Income > Expenses
Passive Income > Active Income > Expenses
Antara strategi yang simple adalah buat Active
Income dan Side Income, dan hasilnya terus dilaburkan kepada Passive Income.
Macam ko sekarang, kau ada Active Income dan Passive Income. Tapi passive
income ko belum cukup untuk ko financially free.
So kau ada options untuk cepatkan dengan
tambahkan side income. Kau boleh pilih macam-macam options. Samaada buat
parttime business, jual produk orang, atau jadi ejen. Ramai yang jadi ejen unit
trust, saham, takaful, MLM (ehh?) dan lain lain.
Duit side income ni kau jangan mengada-ngada
joli. Kau simpan dan tambah aset untuk pasive income. Kalau kau dah ngada-ngada
menunjuk konon ada BMW, Audi, MErcedes, sendiri fikir la. Memang boleh nak
celebrate, tapi berpada-pada. Takut kau pun takkan boleh keluar dari kitaran
hidup mengejar duit.
Dan kau perlu ingat, Active Income dan Side
income ini memerlukan tenaga. Jadi kau kena kerja keras. Disinilah kuncinya.
Bila side income kau dah melebihi gaji tetap, dan telah konsisten selama
sekurangnya setahun, kau berhentilah kerja. Fokus kepada side income kau tu.
Disini kau dah ada KEBEBASAN yang pertama. Iaitu
kau tak perlu kerja dengan orang. Bebas Pekerjaan. Kau boleh kerja sendiri. Ada harganya bebas ni.
Mr Vios: Wow wow wow. Tak pernah terfikir pula
plan macam ni. Sebelum ni saya tak pernah terfikir boleh tak makan gaji.
Mr Estima: Lepas kau boleh kerja sendiri dan kau
dah ada pasif income yang mencukupi, kau boleh buat apa yang kau nak buat.
Kejarlah cita-cita kau. Buatlah bisnes yang menguntungkan dan bermanfaat untuk
orang.
Kawan-kawan pakcik ramai yang sudah
multimillionaire dengan bisnes. Berniaga kan 9/10 daripada rezeki. Kau jangan
takut berniaga nak.
Kereta-kereta sewa pakcik bukan pakcik urus sendiri.
Ada syarikat, ada pengurus dan ada pekerja. Pakcik beri kepada anak saudara
pakcik untuk urus rumah-rumah pakcik. Pakcik bayar gaji dia. Leverage orang
kata. Kalau kita nak buat semua sendiri, memanglah tak larat.
Mr Vios: Mantaplah pakcik, saya dah jelas sikit
roadmap hidup saya. Insya Allah saya akan merancang untuk buka bisnes sendiri
juga nanti.
No comments:
Post a Comment