Hello Diary,
Sekali lagi aku menulis untuk bacaanmu. Hari ini, Aidiladha dan seperti biasa aku menolong emak ku memasak untuk jamuan keluarga pada hari sebelumnya. Dan seperti biasa jugak aku begitu tidak suka melihat cara emak ku memasak kerana dia begitu pengecah sekali. Apa pun yang dibuatnya darah di dalam badanku ini seolah olah mendidih didih pada suhu 100 degree celcius. Mataku seperti menangis air mata darah melihat cara dia di dapur. Aku begitu tidak boleh sekali melihat dia berkerja di dapur atau pun di mana mana. Aku tidak faham sungguh tabiat emak ku yang begitu selekeh bila memasak.
Kadang kala aku bertanya pada diri sendiri dari manakah tabiat yang ada dalam dirinya itu datang. Aku sendiri tidak begitu bila di dapur. Jikalau aku memasak, kamu akan merasakan bahawa aku akan memasak di dalam rancangan ‘Mari Memasak’ di television. Bahan bahan yang aku perlukan akan aku siapkan dahulu di dalam bekas bekas yang comel dan sesuai. Aku akan hanya keluarkan bahan mentah dari fridge yang aku perlukan. Aku tidak akan keluarkan segala galanya jikalau aku tidak perlu. Dan bila semua bahan bahan ku sudah disediakan, aku akan menyusun bekas bekas yang mengandungi bahan masakan aku secantik cantiknya. Dapur aku kelihatan kemas dan bersih. Walaupun tidak cantik tetapi ia akan sentiasa nampak kemas dan tidak berselerak mahupun selekeh.
Tetapi, untuk emak ku segala harta karun yang ada di dalam fridge dikeluarkan and dia akan menyepah nyepahkan bahan bahan tu di dapur sesuka hatinya, langsung tiada system baginya. Dan sink akan dipenuhi dengan kulit kulit bawang atau perut perut ikan atau pun segala macam sampah. Pinggan mangkuk dan periuk belanga akan diletakkan di mana sahaja yang dia suka. Masaknya untuk 4 orang tetapi berkecahnya seperti dia memasak untuk 40 orang. Itulah dia emakku bila dia di dapur. Mata memandang amat menyakitkan sekali dan hati yang menanggung amat menyampah sekali dengan cara selekehnya yang agak agak tahap ‘cipan’ kalau mengikut slang orang orang Malaysia.
Aku amat pantang sekali bila berkerja dengan orang yang selekeh berbuat kerja. Jikalau dulu di kedaiku aku boleh memarahi pekerja ku andai kata mereka amat selekeh bila membuat kerja tetapi tentu sekali aku tidak boleh memarahi emak ku kerana dia adalah emak ku dan dia juga lebih garang daripada aku kalah si singa betina di hutan amazon. Apa lagi yang boleh aku buat selain diam dan terus diam sahaja sambil memujuk hati aku yang bagai ingin meletup seperti gunung berapi di Indonesia. Hati aku ini bagai ingin meluap luap memuntahkan larva yang panas sekali bila melihat ‘untidiness’. Aku amat allergy dengannya dan ini di hadapan aku, nampak gaya aku harus belajar menerima hakikatnya bahawa emak ku sendiri mempunyai sifat begitu dan aku akan tinggal bersamanya menjadi saksi utama pada ‘untidiness’ nya itu. Is that a tall order Diary?
Pada pagi hari ini, aku bangun dan terus ke dapur. Aku mengangkat baju yang disidai sehari sudah. Aku mencium baju baju itu dan aku terbau seperti rendang, sambal udang, sambal goreng dan bermacam macam rempah sekali di baju baju itu. Sekali lagi aku bagai merasakan bahawa darah di dalam tubuh badan aku ini mendidih sekali lagi. Diary, aku amat pantang sekali bila baju yang dah dikeringkan berbau makanan. Aku hanya berkata dengan emak ku yang baju baju itu baunya macam lauk pauk yang kita masak untuk Aidiladha. Aku perasan yang lauk pauk itu semuanya sudah dipanaskan oleh emak dan mungkin itulah jugak sebabnya. Jikalau baju yang disidai di dalam rumah tidak di angkat dahulu sebelum masak atau memanaskan lauk pauk, baju yang disidai itu akan berbau makanan yang dimasak.
Seperti yang aku sangkakan, emak aku hanya menyalahkan aku dan dikatanya aku duduk terperap di dalam bilik aku tidak mengendahkan kerja kerja rumah itulah sebab kononnya baju baju itu berbau makanan. Aku diam sekali lagi. Jikalau aku menjawab, akan berlakunya perang dunia ketiga di dalam rumah ku dan aku seperti membayangkan dua ekor singa betina bercakaran, mengaum dan berkejar kejaran ingin menyakiti satu sama lain. Sekali lagi kalau mengikut slang orang Singapore aku akan berkata ‘darah up sehhh’…maknanya, her comment drove me up the wall.
Di pagi Aidiladha, aku hanya membisukan diri. Aku tidak berkata apa apa kerana aku malas dan aku tahu siapa aku di dalam keluarga ini. Mungkin aku anak yang tidak pernah membanggakan emak ku, dihantar belajar law kononnya mahu menjadi seorang lawyer tetapi tidak kesampaian. Akhirnya hanya seorang lawyer buruk yang mampu aku jadi. Duitnya habis aku sapu untuk menanggung cost pelajaran dan kehidupan aku, tetapi langsung tiada hasil. Itulah aku Diary. Dan kini aku pulang ke singapura berkerja yang tiada gaji kononnya mahu membuat duit lebih supaya dapat menyimpan duit dengan cepat dan sampai sekarang masih tiada hasilnya.
Aku agak tersentuh bila mendengar. Pada masa yang sama aku amat marah. Jikalau kata kata itu keluar dari mulut abangku mungkin aku sudah menerkam dia dan mencakar cakar mukanya sampai berdarah. Atau pun aku menerkam dan membahamnya di leher. Itulah perasaan aku masa itu. Kadang kala aku penat melayan kerenah emak ku tetapi aku tahu aku anak dan suka atau tidak, aku mesti melayan. Aku harus telan segala apa yang disindirnya ataupun yang diperlinya ataupun yang dimarahinya. Aku belum mampu memberinya makan dan minum. Aku masih memerlukannya. Diary, di saat aku menulis padamu, aku terbayangkan Flying Babe. Aku selalu menulis atau mengadu padanya bila aku di dalam keadaan begini. Dan apabila dia sudah membaca suratku, dia akan membalas aku dengan sms yang memberi aku semangat.
Aku ini seperti hidup malu malu di dalam rumahku sendiri. Makan minumku masih ditanggung oleh ibu bapaku dan mulut aku seperti terikat untuk mempertahankan diri aku kerana jikalau aku berbuat demikian, aku akan ‘ditembak’ di kiri dan kanan dan segala kisah kisah silam akan diungkitkan kembali seperti mayat dihidupkan kembali di dalam cerita ‘Pendekar Bujang Lapok’ dan pada masa itu juga, aku harus mengucapkan ‘Cobaan’ kerana itulah yang paling afdal bagi keadaan aku. Serba salah aku dibuatnya. Kerja yang aku lakukan sekarang memerlukan aku berkerja dari rumah dan susah bagiku untuk berkerja dari rumah kerana ada sahaja yang harus aku buat di rumah. Sekejap- sekejap emak ku akan menyuruh aku ke sana dan ke sini menemaninya ataupun menyuruh aku membuat itu dan ini.
Aku duduk terperap di dalam bilik ku sebab aku menggunakan laptop dan internet untuk berkerja. Itulah sebabnya aku duduk terperap di bilik. Dan bukan aku langsung tidak menjalankan tanggungjawabku. Aku vacuum, mop, cuci baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, masak dan berbagai bagai lagi yang aku buat. Tetapi tiada yang melihat Diary. Itu adalah adat bukan? Apa pun yang kita buat, tiada yang perasan, tapi apa yang kita tidak buat, ada sahaja yang melihat. Aku mesti keluar berkerja. Aku tidak boleh berkerja dari dalam rumah.
Aku rindu dengan Subang Jaya sekali. Di sana, walaupun aku tidak mempunyai sesiapa, aku gembira di sana. Aku rasa, emak ku sama juga sepertiku, benci melihat aku tidak kemana mana. Belajar tidak habis, kerja pulak tidak bergaji. Tetapi, dia emak dan mungkin dia diam kerana aku anaknya sama seperti aku benci melihatnya masak di dapur kita. Hendak ditegur tidak boleh, jadi aku terima sahaja seadanya. Itu juga mungkin yang dilakukannya.
Aku tidak membenci emak ku. Dia adalah Quran buruk ku bukan? Walau keadaan apa pun, aku tetap akan menyayanginya tetapi aku hanya mahu meluahkan. Flying Babe tiada lagi dalam hidupku Diary. aku hanya mahu bercerita. Aku rasa apa yang aku rasakan adalah perkara biasa. Aku sudah mencari jalan alternative. Aku hanya sedang menunggu tawaran. Mungkin sekejap atau mungkin lagi lama harus aku menunggu tetapi yang pasti, aku akan tetap bersabar. Bersabar adalah separuh dari imanku…bukan?
Doakanlah aku Diary.
No comments:
Post a Comment