Sudah lama tergerak di dalam hatiku untuk menulis dalam Bahasa Melayu kepada engkau. Saban hari aku menunggu masa untuk menulis tetapi ada sahaja kerja yang harus aku buat dahulu dan apabila habis kerja aku, aku pula sudah penat dan ngantuk untuk menulis. Maaf Diary, aku sekarang ini sungguh sibuk sekali menjalankan tugas harian. Maklumlah bila berkerja tanpa gaji, aku harus penuh discipline malakukan kerja kerja yang patut aku buat. Jika aku tidak mendisiplinkan diri, alamatnya aku tidak makan sampai bila bila.
Inilah dia akibatnya memilih kerja yang membayar 100% gaji di dalam bentuk commission. Aku tidak menyesal malah aku suka sebab selalunya kerja yang berlandaskan bayaran begini selalunya memberi peluang kepada penerima untuk mempunyai income yang lucrative. Tetapi apa apa pun, yang menerima itu harus rajin dan membuat kerja dengan penuh dedikasi.
Sudah banyak aku belajar dari masa masa yang aku habiskan membuat kerja ini. Hasil yang betul betul lumayan belum lagi aku merasai tetapi aku boleh membayangkan bahawa tidak mustahil untuk aku sampai ke tahap itu. Cuma bezanya, waktu yang akan menentukan dan juga usaha yang aku berikan. Banyak aku pelari daripada kerja ini. Walaupun mungkin belum hasil dari segi wang ringgit yang aku rasa, tapi dari segi pengalaman dan peri kemanusiaan…aku rasa, sudah cukup untuk mendewasakan aku sebagai sorang anak, kawan, adik dan juga manusia.
Begitu banyak yang aku pelajari daripada menjual rumah sendiri sampai membeli rumah sendiri. Cara-caranya, selok-beloknya dan yang paling penting sekali, belajar memahami keadaan si pembeli. Tugas aku bukan hanya memahami keadaan wang ringgit si pembeli malah memahami keadaan emotional dan mental si pembeli. Maksudnya aku harus menjadi pendengar kepada pembeli dan meletak kan diri aku ke dalam kasutnya jikalau boleh. Wahh Diary, paham tak engkau bila aku bercakap macam ni. Dalam bahasa English, maksudnya, “To put myself in his shoes”. Aduhai Diary, kalau tak paham pun, kau buat buat lah paham ok. Aku tiada masa nak perahkan kepala otak aku untuk menulis dengan penuh kefahaman bahasa. Kadang kala aku sendiri pun tak paham apa yang aku tulis kerana penyampaian aku berbeza dengan apa yang betul betul aku ingin sampaikan.
Selama aku menjadi agent kepada abangku, aku sungguh terharu dengan keadaan yang aku lihat dari hari ke hari. Ada perkara perkara yang aku sendiri tidak mampu untuk berkata di sini tetapi aku bagaikan sedar bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapaku di dalam hidup kami adik beradik. Tidak dapat aku bayangkan jikalau pada saat saat ini aku kehilangan mereka kerana aku tahu kami masih memerlukan kedua orang tua kami untuk menjalani kehidupan harian. Pengorbanan mereka kepada kami seperti air sungai yang mengalir tiada henti.
Ada masanya aku terduduk diam mengenangkan hidupku tanpa ibu bapaku dan aku tidak tahu bagaimana keadaan aku tanpa mereka. Aku tahu suatu hari nanti pasti akan datang masa itu tapi tidak mahu aku bayangkan dahulu. Kehilangan mereka pasti akan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepadaku.
Diary, kadang kala aku bertanya pada diri sendiri sempat atau tidak aku boleh membahagiakan mereka. Kesilapan aku yang lalu membuat aku begitu insaf. Tidak mahu aku ulangi lagi. Aku sedar di mana silap aku tapi itu mungkin sudah takdir di dalam perjalanan hidup aku untuk lebih mendewasakan aku. Aku selalu berkata kata bahawa, orang yang tua tidak semestinya dewasa dan orang yang dewasa tu tidak semestinya tua. Pandai jugak aku berfalsafah. Hamper basah screen laptop aku penuh dengan air liur aku akibat aku tersembuh ketawa.
Kesimpulannya Diary, tiap kali aku sembahyang, aku akan memanjatkan doa untuk kedua orang tuaku agar mereka dipanjangkan umur untuk memberi peluang kepada aku, anaknya untuk memberikan mereka sedikit kesenangan, kebahagian dan kemewahan untuk mereka menjalani sisa sisa hidup mereka. Pada aku kedua orang tuaku adalah seperti Quran buruk yang akan berhabuk jikalau ditinggalkan begitu lama di atas almari, hendak dibuang tidak boleh, maka aku harus selalu membacanya atau menjaganya supaya ianya tidak berhabuk walaupun ditinggalkan begitu sahaja.
Ibu bapaku adalah dua insan yang akan membuatku terpaku layu jikalau aku kehilangan mereka. Kemungkinnan besar aku tidak boleh membandingkan kehilangan mereka seperti mana aku kehilangan Flying Babe ataupun Infinity ataupun Beautiful yang sekarang ini menjadi pujaan hatiku walaupun aku tidak boleh memiliki dia sepenuhnya.
Wahai Diary, berdoalah untuk ku supaya aku berpeluang membahagiakan mereka. Mungkin aku masih menyimpan hasrat untuk berpindah semula ke subang jaya dan memiliki restaurant di sana. Mungkin aku masih menyimpan hajat untuk menjadi saudagar restaurant berantai di Malaysia terutama sekali di Kuala Lumpur…HAHAHAHA…tapi…untuk kedua orang tuaku…aku sanggup berkorban demi kemahuan mereka. Tapi, aku rasakan yang aku tidak perlu berkorban seperti itu sebab orang tua ku adalah sepasang ibu bapa yang sangat supportive dengan anak anak mereka. Lagipun, mereka akan retire di Tangkak nanti dan akan duduk jugak di Malaysia. Yahooo….baliklah juga aku ke subang jaya nanti…eheh…
Oklah Diary…apa pun yang kita buat, niat di hati mesti betul dan jujur dan bila berjaya nanti ikutlah resmi padi, makin menunduk bila berhasil. Aku tidak akan mengikut resmi ayam yang riuh sekampung bila bertelur sebiji. InsyaAllah resmi padi yang akan aku amalkan bersama doa restu kedua Quran burukku. Amin…
No comments:
Post a Comment