Hello Diary,
Apa khabar? Sudah lama rasanya tidak bertulis dalam bahasa Melayu. Rindu bagaikan merindui zaman zaman apabila aku duduk di Subang Jaya. Ya, aku masih tidak dapat melupakan kegembiraan yang aku rasakan apabila bermastautin di sana. Tidak pernah aku lupa. Tidak pernah aku bosan.
Sekarang ini aku kembali ke pangkuan keluarga di Singapura. Berkerja untuk hidup dan hidup untuk berkerja. Jikalau diberi peluang, ingin aku kembali ke Subang Jaya. Banyak kenangan manis di sana dan juga kenangan pahit. Tetapi, yang aku ingat hanyalah kenangan manis sahaja kerana sesungguhnya, aku gembira di sana. Rindu untuk memandu keretaku. Rindu untuk berjumpa kawan kawanku.
Aku sedang mencuba nasib untuk menjadi usahawan di sini. Mudah mudahan keputusan yang aku ambil tidak menghampakan aku. Susah juga untuk memulakan segalanya daripada zero. Ya, kalau boleh aku mahu menjadikan keputusan aku ini dari zero ke hero. Entahlah Diary, aku pun tidak tahu kalau boleh. Bukan tiada keyakinan diri tetapi aku hanya berasa takut sedikit. Wang yang ada hanya untuk mencuba nasib sekali sahaja. Jikalau aku gagal, itu artinya aku harus bermula dari zero lagi; ya itu mengumpul sehingga aku boleh melakukannya lagi.
Tidak senang untuk memahamkan orang apabila aku bercerita atau memberitahu apa yang ada dalam hati. Semuanya boleh, semuanya tidak mustahil pada mereka. Ya memang betul tetapi kita juga harus bersikap realistic. Jangan terlalu over confident pesanan Flying Babe. Mungkin dia paham tetapi masih banyak lagi aku ingin bercerita padanya. Masa sahaja yang tidak mengizinkan. Kadang kala teringat ingat zaman bersamanya. Ohhh zaman ya....hahaha seperti bertahun tahun lamanya aku bersama dia apabila aku menggunakan perkataan 'zaman'. Lucu sekali.
Aku bertekad untuk memulakan perniagaan makanan kecil kecilan. Aku ingin mempunyai gerai makan. Sudah disusun semuanya rancangan ini di dalam kepala otak aku. Yang tinggal aku lakukan hanyalah execution nya. Itulah dia yang aku takutkan.....kalau nak diukur pengalaman aku, memang tidak seberapa tetapi aku memang ada pengalaman dalam bidang ini cuma yang aku risau, aku tiada back up funds. Perniagaan yang baru dimulakan sekurang kurangnya memerlukan masa 3 bulan untuk dikenali ramai. Buat masa itu, tentu sekali aku perlukan cash flow yang banyak untuk menampung kekurangan sales. Itulah sebabnya aku risau sedikit tentang keadaan.
Aku sedang mengusahakan untuk mendapatkan business grant dari kerajaan. Harap harap aku berjaya nanti. Business proposal masih lagi aku menulis. Tamat tempoh kerja aku, akan aku habiskan nanti. Mungkin di sini bermula impian menjadi kenyataan. Mungkin ya dan mungkin tidak. Aku akan cuba walaupun aku harus melakukannya sorang diri kerana aku tahu aku boleh sebab aku kuat jikalau aku mahu. Ya Allah....engkau permudahkanlah perjalanan hambamu ini.
No comments:
Post a Comment