Hello Diary,
Kita lihat nanti ya. Aku tidur dulu Diary. Selamat malam.
Bertemu lagi kita. Terasa rindu padamu waktu aku bercuti di Tangkak. Penat sekali aku sehingga demam. Tidurku tidak pernah cukup kerana ada saudaraku sekeluarga yang bercuti bersama kami. Aku terpaksa melayan. Tetapi tidaklah seteruk mana sebab mereka bukannya jenis yang makan minum harus dihidang dan disiapkan. Aku cuma penat memandu ke sana sini sebab kami banyak menghabiskan masa keluar berjalan. Dua kereta kesemuanya dan tiga pemandu. Aku, adik saudaraku dan ibuku tetapi yang memandu cuma aku dan adik saudaraku. Ibuku seperti biasa, hanya duduk sebagai backseat driver membaca buku. Itu sahajalah kerja dia. Tidak pernah ingin memandu dan menggunakan lesen yang sedia ada kepada maksima.
Kadang kala aku marah atau geram sekali dengannya kerana apa bezanya dia bila tidak berlesen dan berlesen. Tidak ada sekali bezanya, sama sahaja. Tidak aku paham mengapa tetapi kalau dibiarkan begitu akan sia-sia sahaja usahanya mendapatkan lesen memandu. Ibuku tidak ghairah memandu walaupun sudah mempunyai kereta sendiri. Dibiarkan sahaja keretanya tersidai di Tangkak. Aku belum mahu menegur jadi aku diamkan sahaja. Tetapi aku harap, janganlah sampai aku terpaksa menegur dengan caraku sendiri sebab aku tahu betapa lantang I can be. Kalau sudah sampai masanya aku tahu aku akan berbuat demikian dan mungkin akan digelar kurang ajar.
Oh Diary, biarkan sahaja ya. Sekarang ini aku cuma ingin memberitahu kamu bahawa aku tidak sabar untuk menunggu last day aku di kerja dan lepas itu aku ingin berehat sungguh sungguh sebab aku tahu badan dan otakku perlukan sangat rehat dan tidur. Aku hanya mahu menjadi pemalas untuk sementara waku sebab sudah puas rasanya aku menjadi rajin. Oh Diary lagi satu aku ingin bercerita, aku sedang berjinak jinak dengan Forex dan mungkin, entah mungkin aku ingin mencubanya juga.
Kita lihat nanti ya. Aku tidur dulu Diary. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment