Izinkan aku menulis di dalam bahasa Melayu kepadamu pada malam ini sekali lagi. Aku seperti rindu mahu menulis lagi dan aku harap kali ini aku boleh menyampaikan apa hasrat di hatiku dengan lebih mudah dan senang untuk difahami. Sudah berapa lama engkau menunggu tulisan Melayu aku? Aku sedang kebingungngan kerana aku tidak pasti sama ada aku boleh atau tidak. Maksud aku, sudah tentu aku boleh tetapi aku tidak tahu adakah ia akan lebih bagus dari tulisan yang sebelumnya.
Tidak banyak yang berlaku hari ini. Ia seperti semalam di mana aku tidak berhasil membuat sebarang appointment dengan client-client aku. Aku bangun pada pukul 730 pagi dan aku terus keluar dari bilik tidurku. Seperti biasa Hang Jebat kucing gemuk aku sudah menunggu di luar pintu dan menyahut kepadaku apabila dia mendongak melihat wajahku yang mungkin penuh dengan air liur basi. Wahai Diary, aku sangat sayang sekali dengan kucing-kucingku walaupun aku agak kasar dengan mereka tetapi aku sebenarnya sayang pada mereka. Tidak pernah aku memukul atau memarahi mereka kerana mungkin aku dilahirkan dengan penuh rasa kasih sayang dan aku sudah dididik dari kecil untuk menyayangi binatang.
Teringin juga aku menyayangi seorang wanita seperti mana aku menyayangi kucing kucingku. Itulah dia mungkin anugerah Tuhan kepada aku. Aku lebih bersifat penyabar dan penyayang kepada binatang daripada manusia. Tetapi aku tahu bukan aku seorang sahaja yang begitu. Ramai lagi animal activist di dunia ini yang mempunyai kasih sayang sebesar dunia terhadap binatang. Aku amat kagum dengan pencinta binatang kerana tanpa mereka, siapalah yang boleh menjaga hak asasi binatang? Sememangnya binatang tidak dapat dan tidak boleh mempertahankan diri mereka daripada kekejaman manusia yang selalunya mementingkan diri sendiri.
Wahai Diary teman sejati aku...apa khabar engkau disana? Aku tidak begitu gembira hari ini sebab aku tahu aku sudah kehilangan 2 clients. Aku tahu di mana silapnya tapi aku tidak mahu bercakap lagi tentang itu sebab aku akan berasa makin sedih dan mungkin jugak ia akan membuat aku rasa kecewa dan tidak berguna. Aku telah mencuba tapi mungkin percubaan aku tidak cukup atau mungkin memang bukan rezeki aku. Apa apa pun yang kita buat, kita harus beringat bahawa rezeki semuanya datang dari Tuhan. Yang penting aku tahu aku sudah berusaha dan mencuba. Cukup atau tidak usaha aku, biar Tuhan sahaja yang mengadili asalkan aku jangan menipu diri sendiri.
Jikalau aku bercakap mengenai pekerjaan aku, aku akan berasa sedikit murung atau kecewa. Engkau dan aku tahu kenapa sebabnya. Ramai yang menyangka bahawa menjadi agent rumah adalah pekerjaan yang mudah sekali. Tetapi itu tidak benar. Petang tadi seorang kawan aku dari Malaysia mengirim sms kepadaku mengatakan kawannya yang baru sahaja menceburi bidang property selama 2 minggu sudah mempunyai 3 transactions. Kononnya hebat sekali kawannya itu. Aku diam pada mulanya tetapi seperti biasa aku tidak senang hati sebab memang pantang aku berdiam apabila aku rasa perlu berdebat.
Setibanya di rumah, aku mengirim sms kepadanya. Bukan niat aku hendak berdebat tetapi aku geram dengannya kerana mana boleh dia bandingkan performance aku dengan kawannya. The real estate industry in Malaysia and Singapore are way so much different. Banyak sangat perbezaannya sehingga aku malas untuk menulis mengenainya. Di Singapura, banyak red tapes terutama sekali HDB flats. Sudah diketahui ramai bahawa setiap clients yang ingin membeli rumah HDB, sekurang kurangnya agent akan membawa mereka viewing sebanyak 10 hingga 15 kali baru lah clients itu beli. Dan tentang sewa pula, di Singapura lebih banyak demands daripada supply. Di sini selalunya agents mengamalkan sikap co-broking atau bekerjasama antara agents di mana listings milik agent A dan clients pula milik agent B. Banyak sekali regulations dan system kerja real estate agents di Singapura yang jauh beza daripada di Malaysia. Aku penat untuk bercerita kerana mata aku sudah ngantuk. Naik menyampah pula aku dengan kawan aku...bercakap semacam bagus. Tidak tahu menahu tentang soal property di Singapura mahu pula bersuara...jikalau dia di depan aku, tentu aku sumbatkan timun ke dalam mulutnya dan akan aku ketuk-ketuk kepalanya sesuka hatiku. HAHAHAHAH....
Aku sedang dalam proses mengajar diri aku bersabar dan pada masa yang sama berusaha menjadi seorang yang lebih baik di dalam bidang yang akan aku buat sebagai career aku. Aku hanya membayangi masa hadapan aku di dalam 5 tahun akan datang atau pun 3 tahun akan datang. Aku penat, ya, kadang-kadang aku rasa seperti mahu berhenti tetapi aku kasihan melihat ibu bapaku. Aku hanya manusia Diary. Aku bukan superwoman atau wonderwoman yang gagah perkasa. Satu hari, aku harus mengaku kalah pada keadaan, itu sudah pasti tapi aku tidak akan patah semangat. Aku tidak akan berhenti mencuba kerana aku tahu jikalau ini jalan yang aku pilih, aku harus finish what I have started.
Jangan khuatir Diary, aku tidak akan berhenti mencuba. Tiada perkara lain yang boleh aku buat melainkan ini yang akan menjanjikan pulangan yang lumayan untuk aku membawa ke Subang Jaya. Walaupun dia sudah tiada lagi, tapi aku masih ada cita-cita di sana. Walaupun seorang diri, aku pasti aku boleh. Biar berseorangan asalkan hati aku tidak hancur. Mungkin sudah merajuk hati aku diperbuatkan oleh cinta. Jikalau cinta datang mengetuk di pintu hati aku, akan aku tendang cinta itu jauh jauh kerana dia tiada kerja lain selain menghancurkan dan menyakitkan. Sungguh bodoh cinta itu. Aku benci dengan cinta.
Aku tidur dulu Diary. Air liur aku sudah tidak sabar hendak keluar. Wahh, bunyi macam pantun pulak...eheh....
No comments:
Post a Comment